Skip to playerSkip to main content
  • 22 hours ago
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa menyambut baik keputusan Amerika Syarikat menyingkirkan Syria daripada senarai negara penaja keganasan selepas lebih 40 tahun. Beliau menyifatkannya sebagai langkah penting ke arah pembangunan dan pembinaan semula negara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Syria Ahmed Al-Syarah menyifatkan penyikiran Syria daripada senarai negara penaja keganasan Amerika Syarikat sebagai permulaan era baru untuk
00:09negara itu.
00:10Menurut beliau, Syria kini meninggalkan satu episod hitam dalam sejarahnya dan bergerak ke arah pembangunan serta pembinaan semula negara itu.
00:20Keputusan itu berkuat kuasa selepas tamat tempoh semakan Kongres Amerika selama 45 hari, susulan notifikasi rasmi yang dikemukakan Presiden Donald
00:29Trump kepada Kongres pada 8 Julai lalu.
00:32Syria dimasukkan ke dalam senarai negara penaja keganasan oleh Washington pada tahun 1979 ketika pertabiran Amerika Syarikat menuduh kerajaan pimpinan
00:40bekas Presiden Hafiz Al-Assad menyokong kumpulan militan.
00:44Status tersebut kekal sepanjang pemerintahan anaknya Bashar Al-Assad sehinggalah beliau digulingkan oleh kumpulan pemberontak yang diketuai Ahmed Al-Syarah
00:52pada Desember 2024.
00:54Al-Syarah turut merakamkan perhargaan kepada Presiden Amerika Syarikat dan negara-negara yang menyokong usaha Syria untuk kembali diterima masyarakat
01:02antarabangsa.
01:03Dengan keputusan terbaru itu, hanya Cuba, Iran dan Korea Utara kini kekal dalam senarai negara penaja keganasan yang dikendalikan oleh
01:10Amerika Syarikat.
Comments

Recommended