Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 tahun ini bakal menampilkan kelainan menerusi penampilan khas anggota serta aset ketenteraan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) pada perarakan di Dataran Putrajaya, 31 Ogos ini.
Transcript
00:00Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 tahun ini bakal menampilkan kelainan menerusi penampilan khas anggota serta aset ketenteraan Askar Timbalan Setia
00:09Negeri Johor atau JMF pada perarakan di dataran Putrajaya 31 Ogos ini.
00:15Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadil berkata, JMF akan menyertai perbarisan berkenaan dengan kekuatan 100 anggota bersama aset sendiri.
00:26Kita juga ada banyak float dan banyak contingent pada tahun ini. Salah satu yang saya rasa mungkin yang kelainannya pada
00:38tahun ini kita ada termasuk juga pasukan JMF dari Johor, Johor Military Force.
00:45Jadi mereka akan turut serta dengan aset-aset dan pasukan seramai 100 orang. Jadi ini salah satu daripada kelainan pada
00:56tahun ini.
00:57Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi penyerahan sumbangan penajaan oleh rakan strategik kepada peserta Human Graphics yang pernah sambutan Hari
01:04Kebangsaan 2026 di dataran Putrajaya pada Isnin.
01:08Fahmi menambah satu lagi kelainan tahun ini ialah aset ketenteraan dan keselamatan akan dipamerkan secara statik di beberapa lokasi termasuk
01:16dataran Floria, kawasan Monument dan dataran Aman.
01:20Katanya kaedah itu membolehkan pengunjung melihat aset berkenaan dengan lebih dekat tanpa perlu menunggu di tipi jalan bagi menyaksikan perarakan.
01:28Jelas fahmi seramai 1,500 pelajar daripada 36 sekolah di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor turut mengambil bahagian dalam persiapan
01:36sambutan tahun ini.
01:37Sementara itu, raptai penuh akan diadakan pada Jumat dan Sabtu ini iaitu 28 dan 29 Ogos manakala Ahad 30 Ogos
01:45ditetapkan sebagai hari rehat kepada semua peserta.
01:48Bagi memudahkan pergerakan pengunjung, beliau berkata perkhidmatan transit aliran masa MRT akan beroperasi 24 jam pada 30 dan 31 Ogos.
01:58Perkhidmatan taksi air percuma juga akan disediakan buat tahun ketiga berturut-turut.
02:02Lebih 80,000 pengunjung dijangka hadir ke Putrajaya bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.
Comments

Recommended