00:00Di Indonesia, polis negara itu menahan 72 individu yang disyaki mencetuskan kebakaran hutan dan tanah gambot di beberapa kawasan negara
00:08itu.
00:08Kebakaran besar di bahagian tengah dan barat Indonesia turut menghasilkan jerebu tebal yang menjejaskan kualiti udara dan berentasi ke Malaysia.
00:16Menurut Agensi Pengurusan Bencana Nasional BNPB, kebakaran berlaku akibat corak El Nino yang semakin kuat dan musim kering berpanjangan.
00:25Pengarah Jenayah Khas Badan Results Kriminal Polri, Muhammad Irhamni berkata, pemilik ladang dan petani tradisional sering membakar kawasan untuk membersihkan
00:34tanah bagi tujuan pertanian.
00:36Katanya, 72 suspek itu disiasat berhubung 89 kes kebakaran hutan dan tanah di 5 wilayah di Pulau Borneo dan 4
00:44wilayah di Sumatera.
00:45Irhamni berkata, kebanyakan suspek disyaki sengaja membakar tanah bagi membuka kawasan ladang dengan kos yang lebih rendah.
00:51Penyiasat kini meneliti rekod kewangan bagi menentukan sama ada syarikat membiayai atau mengarahkan kerja pemeriksaan tanah berkenaan.
00:59Suspek berdepan hukuman denda tinggi hingga penjara maksimum 15 tahun.
01:03Presiden Indonesia Prabowo Subianto ketika mengunjungi Kalimantan Tengah pada Sabtu turut menyaksikan lebih 7,600 hektare kawasan terbakar.
01:11Beliau mengarahkan kerajaan menyediakan sumber diperlukan untuk menangani kebakaran termasuk helikopter dan pump air.
01:18Prabowo turut memberi amaran tindakan akan diambil terhadap syarikat yang didapati terbabit dalam kebakaran.
01:24Sementara itu, Ketua Sekretariat Negara Prasetyo Hadi berkata, sekurang-kurangnya 4 syarikat di Kalimantan Barat turut disiasat kerana didakwa menggunakan
01:32api untuk membersihkan tanah.
01:35Katanya syarikat terbabit boleh dikenakan tindakan termasuk pembatalan permit operasi jika terbukti sengaja menyebabkan kebakaran.
Comments