00:00Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM telah membelanjakan kira-kira RM7285 juta
00:05bagi memperkasakan Kebajikan Warga Emas, Orang Kurang Upaya OKU dan Pesakit Kronik
00:11di seluruh negara setakat Jun tahun ini.
00:13Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
00:16Datuk Seri Nancy Syukri, peruntukan tersebut disalurkan
00:20menerusi Bantuan Warga Emas BWE serta Bantuan Penjagaan OKU Telantar
00:25dan Pesakit Kronik Telantar BPT.
00:29Jelasnya dalam usaha meringankan beban keluarga,
00:32JKM turut menyediakan Bantuan Penjagaan OKU Telantar,
00:36Pesakit Kronik Telantar dan Pesakit Kronik Tidak Telantar
00:39kepada mereka yang memenuhi syarat.
00:41Sehingga Jun 2006, sebanyak 42,036 penerima di seluruh negara
00:46telah menerima bantuan ini dengan jumlah perbelanjaan
00:49lebih RM119.5 juta.
00:51Nancy berkata dalam tempoh yang sama BWE telah disalurkan
00:55kepada 170,133 penerima di seluruh negara
00:59melibatkan jumlah melebihi RM609 juta.
01:03Mengulas mengenai pengagihan di Sarawak,
01:06beliau berkata sebanyak 23,034 warga emas di negeri ini
01:09menerima manfaat BWE melibatkan peruntukan
01:13melebihi RM94.3 juta,
01:16manakala lebih RM10.4 juta diagihkan
01:19kepada 3,235 penerima bagi bantuan BPT di negeri ini.
01:24Dalam pada itu, Nancy berkata usaha memperkukuh ekosistem
01:28penjagaan negara amat penting khususnya bagi memastikan
01:31kebajikan para penjaga yang menguruskan golongan berkenaan
01:34turut dipelihara.
01:36Katanya, tanggungjawab menguruskan insan yang uzur dan telantar
01:39tidak sepatutnya diletakkan di bahu keluarga semata-mata
01:42tanpa sokongan padu daripada pelbagai pihak.
Comments