Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Menteri Luar Mesir Badr Abdelatty dan Naib Presiden Palestin Hussein Al Sheikh mengadakan perbincangan mengenai keutuhan Gaza dan Tebing Barat, bantuan kemanusiaan ke Gaza serta pelaksanaan pelan damai. Mesir turut mengecam peluasan penempatan haram Israel di Tebing Barat.
Transcript
00:00Mesir dan Palestine mengandakan perbincangan mengenai kepentingan memelihara keutuhan wilayah semenanjung Gaza dan Tempeng Barat
00:07serta memastikan pihak berkuasa Palestine dapat melaksanakan tanggungjawab pentadbirannya.
00:11Perkara itu dinyatakan dalam perbualan telefon antara Menteri Luar Mesir, Badir Abdelhati dan Naik Presiden Palestine, Hussein Al-Sheikh.
00:21Badir mengecam peluasan penempatan haram Israel, peningkatan kekerasan oleh peneroka haram Israel dan tindakan yang disifatkan menindas di Baitul Maqdis
00:30Timur serta kawasan Masjid Al-Aqsa.
00:32Beliau menegaskan bahawa projek penempatan Israel di kawasan I-1 adalah tidak boleh diterima kerana berpotensi memecahkan tebing barat kepada
00:41beberapa kawasan yang terpisah.
00:43Menurut beliau, projek berkenaan juga boleh mengasingkan Baitul Maqdis Timur dan menjejaskan usaha mewujudkan sebuah negara Palestine yang merdeka berdasarkan
00:52sepadan 4 Jun 1967 dengan Baitul Maqdis Timur sebagai ibu negara.
00:57Selain isu penempatan haram, kedua-dua pemimpin turut membincangkan usaha melaksanakan kewajipan di bawah fasa pertama pelan damai yang disokong
01:04Amerika Syarikat sebelum beralih kepada fasa seterusnya.
01:07Perbincangan itu termasuk memastikan bantuan kemengsaan dapat disalurkan secara berterusan ke Semenanjung Gaza dan membolehkan jawatankuasa kebangsaan bagi pentadbiran Gaza,
01:17NCAG, memulakan tugasnya di wilayah berkenaan.
01:21Sementara itu, Hussein Al-Sheikh menyatakan perhargaan terhadap peranan Mesir dalam menyokong perjuangan rakyat Palestine dan mempertahankan hak-hak sah
01:28mereka di peringkat antarabangsa.
01:30Beliau turut menegaskan bahawa penyelarasan dan rundingan antara Palestine dan Mesir akan diteruskan dalam tempoh mendatang bagi menangani cabaran semasa
01:38yang dihadapi rakyat Palestine.
Comments

Recommended