00:00Seorang pempengaruh permotoran antara 8 suspek samseng jalanan yang direman 4 hari bermula hari ini.
00:06Kesemua mereka dipercayai terlibat dalam insiden menutup jalan dan menahan kenderaan bagi perlombaan haram
00:12dari km 33, susur Tol Senai Utara hingga km 31, susur Johor Premier Outlet JPO Kulai pada Sabtu.
00:22Perintah Rehman ke atas semua suspek berusia 26 hingga 45 tahun itu dikeluarkan Magistret R. Salini di Mahkamah Magistret Kulai
00:30pada Isnin.
00:31Ia dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Tata Cari Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 42-1 Akta Pengangkutan Jalan
00:401987.
00:41Ketua Polis Johor, Datuk E.B. Rahmat Arsad pada Ahad maulakan pihaknya telah menahan kesemua suspek termasuk pempengaruh permotoran itu
00:48kira-kira jam 11.54 pagi pada hari yang sama selepas dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut.
00:55Manakala hasil ujian air kencing mendapati kesemua suspek negatif daripada sebarang pengaruh jenis dadah.
01:01Pada Sabtu, tular di media sosial sebuah video berdurasi 33 saat menunjukkan perbuatan sekumpulan lelaki
01:07yang sengaja menahan kenderaan dan menghalang laluan bagi memberi ruang kepada perlombaan haram.
01:13Video itu turut memaparkan dua penunggang motosikal melakukan aksi Superman
01:16selain turut kelihatan membakar mercun dan kedengaran sorakkan daripada individu yang berada di lokasi.
01:22selamat menikmati.
Comments