00:00Menteri Keceraya Dato' Sri Alexander Nantalinggi mengingatkan pemain industri kejuruteraan agar tidak berkompromi dalam aspek keselamatan demi mengejar keuntungan atau
00:10mengawal kos projek.
00:11Beliau berkata walaupun kawalan kos dan keuntungan adalah elemen penting dalam perniagaan, nilai nyawa serta keselamatan manusia tidak boleh diletakkan
00:20harga.
00:23Nanta berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Kejuruteraan dan Penghargaan Lembaga Jurutera Malaysia LJM 2026 malam tadi.
00:32Majlis sempena ulang tahun ke-54 penubuhan LJM itu mengetengahkan lima kategori utama anugerah meliputi inovasi generasi muda, kecemelangan projek,
00:42pencapaian antarabangsa serta kepimpinan dan legasi dalam bidang berkenaan.
00:45Pada majlis itu, penasihat Malaysian Resource Corporation Berhad Datuk Seri Ingenier Dr. Yudin Abdul Karim diumumkan sebagai penerima anugerah tokoh
00:54Kejuruteraan Negara 2026.
00:56Manakala anugerah tokoh muda Kejuruteraan Negara 2026 pula disandang oleh Prof. Mardia Jabatan Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Petronas, Ingenier Dr.
01:07Sirin Lok Sauman.
01:08Sebagai tanda penghargaan atas sokongan penyampaian maklumat dan peningkatan kesedaran masyarakat, LJM turut menyampaikan penghargaan khas kepada lapan organisasi media
01:18tempatan termasuk pertubuhan berita nasional Malaysia bernama yang diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datin Paduka Nurul Al-Fidha Kamaluddin.
01:27Dalam pada itu, Nanta menggesa komuniti Kejuruteraan agar lebih proaktif menceritakan kisah kejayaan dan inovasi mereka kepada masyarakat supaya nilai
01:36sebenar profesyon tersebut lebih difahami umum.
01:38Pada masa sama beliau mahu pakar Kejuruteraan tempatan, lebih berani mengintai peluang dan membawa perkhidmatan profesional Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Comments