00:00Agrobank menyediakan pelbagai inisiatif sempena pameran pertanian, hortikultor dan agroperlancongan Malaysia atau Maha 2026, termasuk memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai
00:10teknologi terkini dalam sektor pertanian.
00:12Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Barli Shah Raja Husin berkata, penglibatan agrobank di Maha 2026
00:20bukan sekadar memperkenalkan perkhidmatan keuangan, sebaliknya turut membuka peluang kepada pengunjung untuk memahami perkembangan teknologi dalam bidang agromakanan.
00:31Menurutnya, sebagai institusi keuangan pembangunan DFI, Agrobank mempunyai mandat untuk meningkatkan penghasilan agromakanan menerusi pelbagai bentuk intervensi termasuk padanan perniagaan
00:41atau business matching.
00:43Kata beliau, Maha 2026 turut mengetengahkan pelbagai teknologi pertanian meliputi sektor aquaculture, tanaman, penternakan unggas serta pembiakan haiwan.
00:53Dalam Maha ini, Agrobank bukan saja memberi pendedahan mengenai perkhidmatan Agrobank, tapi membeli peluang kepada pengunjung-pengunjung untuk belajar teknologi,
01:05teknologi terkini di dalam bidang pertanian.
01:08Kita bukan saja sebagai sebuah development financial institution, kita bukan saja berteraskan keuangan, intervensi keuangan, tetapi juga kita mempunyai mandat
01:20untuk meningkatkan lagi penghasilan agromakanan melalui intervensi-intervensi seperti business matching kepada mereka yang telah berjaya menggunakan teknologi-teknologi terkini.
01:35Di dalam Maha, banyak pengkhususan yang teknologi di dalam bidang-bidang pertanian seperti aquaculture, crops, poultry dan untuk pembiakan-pembiakan
01:51lembu haiwan-haiwan untuk menghasilkan lebih banyak produce.
02:01Beliau berkata, Agrobank turut menyediakan khidmat nasihat kepada pengunjung mengenai teknologi yang boleh dimanfaatkan bagi meningkatkan produktiviti selain menerangkan bentuk
02:11pembiayaan yang bersesuaian.
02:12Dalam masa sama, program business matching akan dilaksanakan bagi menghubungkan pemain industri yang berminat dengan pihak berkaitan, khusus mereka yang
02:20telah berjaya mengaplikasikan teknologi terkini dalam operasi pertanian.
02:24Justeru, penyertaan Agrobank di Maha 2026 dilihat sebagai platform untuk memperkukuh ekosistem agromakanan.
02:31Bukan sahaja melalui akses kepada pembiayaan, tetapi turut merangkumi pendedahan teknologi, khidmat nasihat dan peluang jaringan perniagaan.
02:38Terima kasih kerana menonton!
Comments