Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Projek lebih 1,200 unit rumah itu disifatkan akan membelah Tebing Barat dan mengasingkan Baitulmaqdis Timur.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kesatuan Eropah-EU menggesa kerajaan Israel menarik balik tender pembinaan lebih 1,200 unit rumah di bawah projek penempatan haram
00:08I-1 di Tebing Barat.
00:10Menerusi kenyataan, Wakil Tinggi EU bagi hal ehwal luar menegaskan pelaksanaan projek itu akan memecah Tebing Barat kepada dua bahagian
00:17dan mengasingkan Baitul Magdis Timur.
00:19Langkah berkenaan disifatkan menjejaskan daya maju penyelesaian dua negara ketika Tebing Barat berdepan ketidakstabilan dan keganasan peneroka yang semakin meningkat.
00:30EU menegaskan penempatan Israel di Tebing Barat termasuk di kawasan I-1 adalah haram mengikut undang-undang antarabangsa.
00:37Blok itu turut mendesak Israel menghentikan semua projek peluasan penempatan dan memastikan pelaku keganasan dalam kalangan peneroka dikenakan tindakan.
00:47EU pada masa sama mengulangi komitmen terhadap penyelesaian dua negara dengan Israel dan Palestine hidup berdampingan secara aman dan selamat.
Comments

Recommended