00:00Bekas Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi memaklumkan keadaan kesihatannya kini semakin bertambah baik meskipun masih belum pulih sepenuhnya daripada
00:11penyakit kulit yang dihadapinya sejak menamatkan tempoh perkhidmatan sebagai Presiden pada 2024.
00:17Dalam wawancara eksklusif bersama majalah Tempo, Jokowi berkata beliau sendiri masih belum mengetahui punca sebenar penyakit berkenaan dan enggan membuat
00:28sebarang spekulasi mengenainya.
00:31Ketika ditanya sama ada penyakit itu berpunca daripada perbuatan sihir, beliau menjawab secara berseluruh bahawa kebiasaannya orang lain yang menyihir,
00:41bukannya dirinya yang disihir.
00:43Keadaan kulit Jokowi mula menjadi perhatian ramai sekitar pertengahan tahun lalu apabila beberapa penampilan awamnya menunjukkan perubahan ketara pada bahagian
00:53wajah dan leher.
00:55Bagaimanapun, Jokowi sebelum ini menjelaskan masalah tersebut berpunca daripada alahan kulit yang dialaminya selepas pulang daripada lawatan rasmi ke Vatican
01:03pada April tahun lalu.
Comments