00:05Presiden Iran Masud Bezishkan menegaskan negaranya kini berdepan perang menyeluruh dari aspek ekonomi, keselamatan dan ketenteraan ketika tekanan AS terus
00:15meningkat.
00:16Menurut beliau, Iran akan terus mempertahankan kepentingan rakyat meskipun berdepan tekanan yang disifatkan sebagai tidak seimbang.
00:24Beliau berkata, kerajaan juga sedang memberikan tumpuan penuh kepada usaha mengurangkan inflasi dan menangani pelbagai cabaran ekonomi yang dihadapi rakyat.
00:33Menurut Bezishkan, langkah-langkah yang diambil bertujuan memastikan kestabilan ekonomi negara dapat dikekalkan walaupun berdepan sekatan dan tekanan antarabangsa.
00:43Sementara itu, Menteri Luar Iran Syai Abbas Arakshi berkata, AS tidak mempunyai pilihan selain menghormati rakyat Iran dalam sebarang urusan
00:51melibatkan kedua negara.
00:53Beliau menifatkan tindakan ekonomi yang diumumkan Presiden Donald Trump sebagai pendekatan lama yang berulang kali digunakan Washington terhadap Teheran.
01:02Pada minggu lalu, Trump mengumumkan apa yang disifatkannya sebagai operasi ekonomi paling tegas terhadap mana-mana negara yang memberi bantuan
01:09atau talian hayat kepada Iran.
01:11Beliau turut menifatkan langkah berkenaan sebagai satu bentuk perang ekonomi dan pengasingan pada skala yang belum pernah berlaku sebelum ini.
Comments