00:00Dunia bola sepak Portugal diselubungi kesedihan apabila bekas pemain West Bromwich Albion, Kevin Castro, meninggal dunia pada usia 25 tahun
00:10selepas rebah ketika aksi persahabatan di Lisbon pada Sabtu.
00:15Castro yang bermain di posisi tengah ketika itu mewakili Real Sport Club dalam perlawanan menentang Estrella da Amadora sebelum kejadian
00:24tragis tersebut menyebabkan perlawanan terpaksa ditangguhkan.
00:30Persatuan bola sepak Lisbon menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga, rakan-rakan serta klub yang pernah diwakili pemain berkenaan.
00:38Castro memulakan perjalanan bola sepaknya di England selepas menyertai Akademi West Brom pada 2021 sebelum diberi peluang membuat penampilan bersama
00:46skuad utama dalam saingan Piala Liga menentang Arsenal.
00:50Beliau menamatkan kariernya bersama West Brom pada 2023.
00:54Klub berkenaan turut mengumumkan penghormatan khas buat Castro ketika aksi menentang Ben Lee, Ahad sebagai tanda mengenang bekas pemain mereka.
01:03West Brom dalam kenyataan berkata Albion akan memberi penghormatan kepada Kevin pada Ahad dengan tepukan selama seminit.
01:10Pada minit ke-25 perlawanan menentang Ben Lee.
01:14Tambah kenyataan itu penghormatan antara lain akan menyaksikan pemain kendalian James Morrison memakai lilitan hitam di lengan.
01:24Terima kasih telah menonton!
Comments