Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Iran meluluskan pelan yang membolehkan caj dikenakan kepada kapal dari negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz bagi pelbagai perkhidmatan, termasuk maritim, keselamatan, insurans dan alam sekitar.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Iran meluluskan rang undang-undang yang menetapkan bahawa kapal-kapal dari negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz perlu membayar bagi
00:08perkhidmatan yang disediakan oleh Iran.
00:10Menurut Jurucakap Suranjaya Keselamatan Negara dan Dasar Luar Parlimen Iran, Hassan Ghash Gavi, pelan tindakan strategik bagi keselamatan dan pembangunan
00:19Selat Hormuz diluluskan dalam mesyuarat pada Ahad.
00:23Di bawah peruntukan yang diluluskan itu, kapal dari negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz akan dikendaki membayar caj bagi perkhidmatan
00:31yang disediakan oleh Iran.
00:33Hassan berkata bahawa Suranjaya itu meneruskan penelitian terhadap pelan berkenaan dalam mesyuarat tersebut dan memuktamakan perkara 3 yang masih belum
00:41diputuskan pada mesyuarat sebelumnya.
00:43Jelasnya, di bawah perkara 3, caj akan dikenakan bagi perkhidmatan termasuk perkhidmatan maritim, alam sekitar, bekalan bahan api dalam keadaan
00:52tertentu, insurans, keselamatan dan perkhidmatan lain yang disediakan di Selat Hormuz.
00:58Beliau menegaskan bahawa caj tersebut akan dikutip daripada kapal milik negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz dalam matuang rial Iran
01:06atau mana-mana matuang lain yang dianggap sesuai oleh Republik Islam Iran.
01:10Hassan turut menekankan kepentingan menghormati hak negara pesisir yang bersempadan dengan Selat Hormuz.
01:16Beliau menambah pelan tersebut, selain mengiktiraf kebebasan pelayaran selaras dengan undang-undang dan peraturan antarabangsa,
01:23turut menekankan penghormatan terhadap keselamatan negara pesisir serta kedaulatan mereka dan pencegahan terhadap sebarang pelanggaran hak-hak tersebut.
01:32Hassan juga tegaskan bahawa Teluk Parsi dan Selat Hormuz mempunyai peraturan serta syarat tersendiri yang khusus.
01:38Dalam hal ini, beliau merujuk kepada Oman yang selepas menerima pakai Konvensyen Pertubahan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut
01:461982,
01:48segera mengeluarkan satu kenyataan politik yang menegaskan bahawa peruntukan konvensyen tersebut tidak boleh menjejaskan kedaulatan dan keselamatan negara itu.
Comments

Recommended