Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Menurut Wisma Putra, Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla menjalin hubungan rapat dengan pihak berkuasa tempatan dalam memantau perkembangan dan menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia di wilayah itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tiada laporan warga Malaysia terjejas dalam insiden keselamatan di wilayah Sempadan Selatan Thailand pada malam 22 Ogos 2026.
00:09Wisma Putra dalam nasihat media mengenai situasi keselamatan di wilayah berkenaan pada ahad memaklumkan pihaknya memantau teliti situasi itu dan
00:19akan memberikan maklumat terkini jika perlu.
00:23Ujar Kementerian itu, Pasukan Keselamatan Tempatan telah meningkatkan pengawasan dan langkah keselamatan di seluruh kawasan terjejas.
00:31Ini termasuk mengenakan perintah berkurung sementara.
00:34Menurut Wisma Putra, Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkla menjalin hubungan rapat dengan pihak berkuasa
00:42tempatan dalam memantau perkembangan dan menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia di wilayah itu.
00:47Rakyat Malaysia yang menetap di sekitar kawasan terjejas sedang mengunjungi atau bercadang untuk pergi ke dan dari wilayah bersempadan selatan
00:55Thailand dinasihatkan supaya lebih berhati-hati.
00:59Antara lain, sentiasa berwaspada dan mematuhi semua nasihat keselamatan, perintah berkurung serta arahan keselamatan dilaksanakan pihak berkuasa tempatan.
01:09Tambah Wisma Putra, bagi memudahkan komunikasi dan sokongan konsulat tepat pada masanya, rakyat Malaysia digesa untuk mendaftar dan sentiasa mengemaskini
01:18maklumat hubungan mereka menerusi portal e-konsulat di e-konsulat.kln.gov.my.
01:24Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended