Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Menurut Pengarah Pusat Pelestarian Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Ir Dr Mohd Fadhil Md Din, ASEAN tidak lagi seharusnya hanya memberi tumpuan kepada lokasi titik panas, sebaliknya perlu menghubungkannya dengan pemilik tanah, jenis tanah dan bentuk kebakaran yang berlaku.

Category

🗞
News
Transcript
00:00ASEAN perlu beralih daripada pendekatan reaktif kepada tindakan lebih proaktif dan berasaskan accountability bagi memutuskan kitaran jerebu rentas sempadan yang
00:11berulang setiap tahun.
00:13Pengarah Pusat Pelestarian Universiti Teknologi Malaysia UTM, Prof. Insinyur Dr. Muhammad Fadil Maddin berkata,
00:20langkah itu penting bagi memastikan setiap titik panas yang dikesan dapat dikenalpasti puncanya dan pihak yang bertanggungjawab.
00:31Menurutnya ASEAN tidak lagi seharusnya hanya memberi tumpuan kepada lokasi titik panas.
00:36Sebaliknya, perlu menghubungkannya dengan pemilik tanah, jenis tanah dan bentuk kebakaran.
00:42Bukan lagi kita bergerak di atas titik panas. Kita mesti bergerak di atas accountability.
00:48Maksudnya dekat sini, ASEAN sudah perlu ada satu sistem yang boleh menghubungkan setiap titik panas tadi itu melibatkan kepada negara
00:58ataupun wilayah yang terkesan.
01:00Terutamanya kepada pemilik tanah, kepada jenis tanah dan juga apa bentuk kebakaran yang berlaku.
01:06Yang kedua adalah dari segi untuk mengawal keawalan di tanah gambut atau pit soil tadi sebagai early warning.
01:15Sistem yang bertindak sebagai pemula iaitu di mana kita perlu memantau keadaan tanah di situ dengan melibatkan kepada kelembapan, indeks
01:26kekeringan dan memberikan beberapa intervensi lebih awal.
01:31Seawal mungkin kita boleh kata kita jangka memang pada bulan Jus, sepatutnya Januari dan Februari sudah pun diletakkan tindak balas
01:39ini.
01:39Selain itu, beliau mencadangkan supaya ASEAN mewujudkan satu mekanisme serantau berdasarkan tahap atau threshold yang tertentu bagi membolehkan tindakan segera
01:49diambil apabila keadaan mencapai paras ditetapkan.
01:52Beliau turut mencadangkan supaya ASEAN mepertimbang satu kerangka perundangan yang mengikat semua negara anggota bagi memastikan setiap negara mempunyai komitmen
02:02dan tanggungjawab yang jelas dalam menengani isu jerebu.
02:06Pada masa sama, Fadil menegaskan tanggungjawab syarikat yang mengusah ke kawasan pertanian juga perlu diperkukuh termasuk memastikan pematuhan kepada prinsip
02:16zero burning.
02:17Fadil berkata, matlamat realistik bukan semata-mata untuk mencapai sifar pembakaran atau sifar jerebu tetapi mengurangkan risiko dan kesan fenomena
02:27berkenaan secara berperingkat.
02:30Selain itu, beliau mencadangkan supaya negara terkesan bersama syarikat yang mengusah ke kawasan pertanian menyediakan satu pelan pelaburan bersama bagi
02:38melaksanakan sistem amaran awal dan intervensi di lapangan.
02:41Menurutnya, usaha menangani jerebu tidak boleh bergantung kepada dana kerajaan semata-mata, sebaliknya perlu melibatkan sumbangan sektor korporat dan syarikat
02:50swasta.
02:51Beliau berkata demikian dalam program fokus minggu depan pada Ahad.
02:55Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended