Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Prof Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof Kamaruzaman Yusoff berkata kegagalan mengambil tindakan susulan yang efektif menyebabkan kecaman antarabangsa terhadap Israel tidak menghasilkan perubahan yang sewajarnya terhadap keadaan di Tebing Barat yang diduduki.
Transcript
00:00Tekanan diplomatik terhadap Israel melalui saluran undang-undang antarabangsa dan kecaman disifatkan tidak memadai untuk menghentikan kekejaman rejim Zionis di
00:10rantau Asia Barat.
00:12Justru Prof. Adjang Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya UM Prof. Kamaruzaman Yusof mengesan negara-negara Arab khususnya mengambil tindakan lebih
00:21tegas termasuk memutuskan hubungan diplomatik dengan negara haram itu.
00:27Katanya, tindakan seperti usaha Turkiye mendapatkan notis merah Interpol bagi tujuan penangkapan Perdana Menteri Israel, Penjamin Netanyahu pada Jumaat, merupakan
00:37langkah yang baik namun tidak mencukupi.
00:40Saya rasa ini adalah satu tindakan yang baik, diplomasi tetapi tidak cukup di peringkat itu saja. Saya rasa inilah sampai
00:49masanya Turkiye memutuskan hubungan dengan pihak Israel, satu,
00:53dan mengajak negara-negara, empat lagi negara yang telah mengadakan hubungan diplomatik pada 2020 itu, membatalkan semua perjanjian-perjanjian dan
01:04hubungan diplomatik itu.
01:05Dan seterusnya, bersama-sama menyokong tindakan Iran seperti usaha yang dilakukan oleh Muhammad bin Salman, Saudi, oleh Pakistan dan oleh
01:15Turki bersama-sama untuk memastikan supaya pihak Amerika keluar
01:21dan dengan sekaligus menyebabkan Israel akan rasa takut dengan kedudukan yang ada, dengan gugatan yang seterusnya yang dilakukan oleh Iran
01:31dan akhirnya kita akan dapat melihat suatu kekuatan yang luar biasa dan akhirnya akan memberi tekanan.
01:38Bukan saja kepada Israel tetapi kuasa-kuasa Arab yang ada yang setakat ini tidak mahu lagi, tidak masih lagi mengharapkan
01:46kepada Amerika,
01:47menjadi perlindung kepada mereka pada masa ini.
01:51Sementara itu, beliau juga mengkritik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB yang dilihat gagal mengambil tindakan susulan berkesan terhadap pendudukan Israel
02:00di Tebing Barat.
02:02Menurut Kamar Zaman, kegagalan mengambil tindakan susulan menyebabkan kecaman antarabangsa terhadap Israel tidak menghasilkan perubahan yang sewajarnya terhadap keadaan di
02:12Tebing Barat.
02:13Beliau berkata demikian sebagai mengulas kekejaman Zionis di Tebing Barat yang menerbitkan tender bagi pembinaan lebih 1,200 unit kediaman
02:22di kawasan I-1,
02:23sebahagian daripada pelan lebih besar yang merangkumi lebih 3,400 unit kediaman di Timur Baitul Magdis.
Comments

Recommended