00:00PAS masih membincangkan pendekatan politik terbaik untuk menghadapi pilihan raya negeri Melaka, termasuk menilai kekuatan UMNO.
00:08Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, strategi PAS bersifat fleksibel dan boleh berbeza mengikut senario politik di setiap negeri.
00:18Menurut Hadi, PAS sebelum ini mengambil tindakan sebagai penjaga gol pada pilihan raya negeri Johor dengan membantu kemenangan UMNO.
00:25Ia termasuk mengarahkan penyokongnya mengundi calon UMNO, MCA atau MIC, di kawasan yang tidak ditandingi PAS.
00:34Bagi negeri Sembilan pula, beliau menggambarkan PAS sebagai penyerang dalam usaha menyaingi DAP dan parti-parti sekutunya.
00:41Namun Hadi berkata pendekatan bagi Melaka masih belum dimuktamadkan.
00:46Melaka sudah tahu UMNO kuat atau tidak.
00:50Negeri kita pinjarlah, masih berpinjarlah lagi.
00:54Dengan kelantaran pendekatan dia.
00:57Dengan bimbang.
00:58Kita membawa agenda perpaduan UMNO.
01:02Perpaduan UMNO untuk menguasai politik orang Melayu dan bukan Islam yang tidak ekstrim.
01:08Ini pendekatan kita.
01:10Hadi turut meminta ahli PAS mematuhi sebarang keputusan politik yang akan ditetapkan kemimpinan parti menerusi syurah dan mesyuarat.
01:17Dia berucap pada majlis makan malam amal PAS Negeri Melaka di Aikroh, malam Ahad.
Comments