Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata justeru, kementerian kini memantau perkembangan pengeluaran dan keadaan di lapangan bersama semua agensi berkaitan bagi menilai kesan fenomena berkenaan terhadap sektor komoditi.
Transcript
00:00Kesan fenomena El Nino terhadap hasil tanaman komoditi khususnya sawit,
00:05lazimnya tidak berlaku serta merta, sebaliknya boleh dirasai beberapa bulan selepas cuaca panas
00:10dan kekurangan hujan berpanjangan.
00:13Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Nuraini Ahmad berkata,
00:16Kementerian sedang memantau perkembangan pengeluaran dan keadaan di lapangan bersama semua agensi berkaitan
00:22bagi menilai kesan fenomena berkenaan terhadap sektor komoditi.
00:28Katanya keutamaan kerajaan ialah membantu pekebun kecil membuat persediaan
00:33dan mengurangkan kesan terhadap tanaman serta pendapatan mereka.
00:36Nuraini berkata, Kementerian terus memperkukuh pendekatan turun padang
00:40bagi memastikan pekebun kecil mendapat akses kepada bantuan kerajaan
00:44serta dibimbing untuk meningkatkan produktiviti pendapatan dan nilai tambah hasil agri komoditi.
00:51Katanya pendekatan itu penting kerana masih terdapat masyarakat yang kurang mengetahui tentang bantuan
00:56latihan dan peluang yang disediakan kerajaan termasuk saluran serta syarat untuk mendapatkannya.
01:03Sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Muhammad Hisham Muhammad Adib dilaporkan berkata
01:08potensi fenomena Aldino mencapai kategori sangat kuat atau Aldino Super
01:13antara Oktober hingga Disember kini melebihi 90%.
01:17Terima kasih kerana menonton!
01:18Terima kasih kerana menonton!
01:19Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended