00:00Terusan Panama akan menghadkan jumlah kapal yang melalui laluan air itu setiap hari bermula awal September.
00:07Susulan jangkaan musim El Niño lebih panjang daripada biasa yang berpotensi menurunkan paras air.
00:14Pihak berkuasa Terusan Panama berkata jumlah transit harian akan dihadkan kepada 34 kapal mulai 4 September
00:20sebelum dikurangkan lagi kepada 32 kapal sehari bermula 15 September.
00:27Sebelum ini Terusan Panama merekodkan perata 35 transit kapal sehari sehingga Jun 2026
00:33selaras dengan permintaan pengguna manakala kapasiti Terusan mampu mengendalikan kira-kira 40 lintasan sehari.
00:40Kini kapasiti harian bagi laluan pintu air Neopanamex akan dihadkan kepada 9 slot mulai 4 September.
00:47Pada masa sama laluan utama pintu air Panamex yang lebih tua usianya akan dihadkan kepada 25 slot sehari.
00:53Mulai 15 September kapasiti di laluan Panamex akan dikurangkan lagi kepada 23 slot sehari.
00:59Ketika ini paras air di Terusan itu menjadi kebimbangan.
01:03Berikutan keadaan cuaca yang menjejaskan bekalan air tawa yang diperlukan bagi operasi sistem laluan air.
01:09Terusan Panama merupakan laluan penting bagi perdagangan global kerana menghubungkan laluan Atlantik dan Pasifik
01:14sekaligus membolehkan kapal mengelak perjalanan lebih jauh mengelilingi benua Amerika Selatan.
Comments