00:00Permohonan penggajian pekerja asing kini dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian menerusi sistem pengurusan berpusat pekerja asing FWCMS berkuatkuasa pada Sabtu.
00:13Kementerian Sumber Manusia Kesumah dalam satu kenyataan memaklumkan langkah itu dilaksanakan bagi mempercepatkan proses permohonan selain meningkatkan kecekapan dan ketelusan
00:22dalam pengurusan pekerja asing.
00:26Pendekatan baru itu akan menggantikan kaedah permohonan secara manual atau hadir sendiri ke pejabat kerajaan.
00:33Menurut kementerian itu sistem berkenaan dijangka dapat mengurangkan tempoh menunggu selain menjadikan proses permohonan lebih tersusun dan mematuhi tata kelola
00:42yang ditetapkan.
00:43Bagaimanapun Kesumah menegaskan langkah pendigitalan itu tidak bermaksud syarat penggajian pekerja asing dilonggarkan.
00:49Semua permohonan masih tertakluk kepada semakan, syarat kelayakan serta dasar penggajian pekerja asing oleh agensi berkaitan.
00:58Proses permohonan bermula daripada kelulusan awal di bawah Seksyen 60K Akta Kerja 1955 sehingga memperoleh surat kelulusan bersyarat dalam tempoh
01:0714 hari tertakluk kepada pematuhan syarat yang ditetapkan.
01:11Dalam peritu, Kesumah turut memaklumkan pelaksanaan kuartal 15,000 pekerja asing untuk industri restoran kini dilaksanakan secara berfasa dengan sebahagian
01:20permohonan sedang diproses untuk kelulusan.
Comments