Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
CENTCOM memaklumkan AS mengubah haluan 68 kapal komersial, melumpuhkan tiga kapal dan menaiki dua kapal bagi memastikan pematuhan sekatan terhadap Iran, ketika lebih 20 kapal perang menyokong operasi itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Amerika Syarikat telah mengubah haluan 68 kapal komersial, melumpuhkan 3 kapal dan menaiki 2 kapal bagi memastikan pematuhan terhadap sekatan
00:10yang dikenakan sebagai sebahagian daripada sekatan terhadap Iran.
00:14Komander Pusat Amerika Syarikat Senkom berkata, perkembangan itu berlaku setakat 21 Ogos ketika lebih 20 kapal perang Amerika Syarikat menyokong
00:23operasi sekatan terhadap Iran.
00:25Dalam satu hantaran di PlatformX pada Jumaat, Senkom turut memaparkan gambar anggota tentera Laut Amerika Syarikat menyaksikan sebuah helikopter MH
00:34-60RC Hawk mendarat di dek penerbangan USS Ross DDG-71, salah sebuah kapal perang yang terlibat dalam operasi berkenaan.
00:44Senkom berkata, tindakan mengubah haluan, melumpuhkan dan menaiki kapal komersial itu dilakukan bagi memastikan pematuhan terhadap sekatan yang dilaksanakan Washington.
00:53Bagaimanapun, lokasi dan tarikh gambar berkenaan dirakam tidak dapat disahkan secara bebas.
01:00Perkembangan itu berlaku ketika Presiden Donald Trump berkata, Teheran belum bersedia untuk mencapai perjanjian yang tepat sambil menegaskan Washington sedang
01:08memerhati perkembangan konflik dengan Iran.
01:10Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended