00:04Kompleks pasar besar Meru di Kelang yang awalnya terang dan beroperasi seperti biasa,
00:10bertukar gelap selepas beberapa minit tangkapan pekerja asing dilaksanakan pihak berkuasa pada Sabtu.
00:16Insiden terbabit terus mencetuskan spekulasi adakah berlaku sabotaj ketika operasi penguatkuasaan
00:23yang digerakkan Jabatan Imigresen Malaysia Selangor, JIM, Selangor.
00:27Sinar harian yang mengikuti operasi terbabit melihat cubaan segelintir warga asing disyaki pekerja di pasar terbabit
00:35melarikan ke arah jalan raya kononnya mahu melepaskan diri.
00:40Malah, ada yang berpura-pura dengan berjalan pantas ibarat tiada apa berlaku.
00:46Kira-kira 10 minit kemudian, operasi tangkapan warga asing dilaksanakan,
00:51lampu pasar borong itu secara tiba-tiba terpadam hingga menyukarkan pasukan operasi melaksanakan pemeriksaan.
00:58Pasukan operasi kemudian terpaksa mengalihkan tempat dokumentasi ke ruang yang lebih terang
01:04bagi memudahkan proses semakan dilaksanakan.
01:07Timbalan Pengarah Imigresen Selangor, Kawalan Mohd Husairi Kamaruddin berkata,
01:12seramai 54 orang disyaki pendatang asing tanpa izin parti membabitkan 48 lelaki dan 6 wanita ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.
01:24Mereka terdiri daripada 4 Indonesia, Bangladesh 16 orang, India 3 orang, Myanmar 29 orang serta 2 Nepal.
01:33Antara kesalahan yang dikenalpasti ialah tiada dokumen pengenalan diri,
01:37langgar syarat PAS dan tinggal lebih masa.
01:40Terima kasih.
01:46Terima kasih.
01:47Terima kasih.
01:48Terima kasih.
01:49Terima kasih.
Comments