00:00Selama itu, Amerika menghantar pulang kira-kira 2,300 rakyat Meksiko ke Guatemala sepanjang tahun 2026 untuk membendung lambatkan penghijrahan.
00:11Presiden Guatemala, Bernardo Arevalo, berkata, kesemua individu berkenaan tiba dengan menaiki pesawat, difahamkan sebahagian daripada mereka merupakan rakyat Guatemala.
00:23Menurut Arevalo, rakyat Meksiko yang dihantar ke Guatemala dipindahkan ke tanah air mereka dalam tempoh 24 jam.
00:30Jelasnya lagi kos pengangkutan bagi proses penghantaran itu ditanggung sama ada oleh Meksiko atau Amerika Syarikat.
00:37Sementara itu, Kementerian Luar Meksiko dalam satu kenyataan membantah penghantaran pulang berkenaan.
00:42Kerajaan kini sedang berusaha membawa pulang rakyat Meksiko yang ditinggalkan di beberapa negara Amerika Tengah.
00:47Setakat ini, Kementerian itu tidak menyatakan jumlah rakyat Meksiko yang terlibat atau kos yang ditanggung bagi proses penghantaran pulang tersebut.
00:56Seterusnya, Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat enggan mengulas justifikasi menghantar rakyat Meksiko ke negara ketiga selain menegaskan ia adalah komitmen
01:04Washington terhadap dasar sedia ada.
01:06Mengikut perjajian antarabangsa, individu yang dihantar pulang lazimnya dikembalikan terus ke negara-kewarga negaraan mereka.
01:13Bagaimanapun, pendatang boleh dihantar ke negara ketiga sekiranya negara asal menolak penerimaan mereka atau keadaan di negara berkenaan dianggap tidak
01:22selamat.
Comments