Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan solat hajat diadakan di semua masjid di seluruh negeri ini bagi memohon ke hadrat Allah SWT agar keadaan jerebu yang melanda Sarawak ketika ini bertambah baik.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Syah menitahkan solat hajat diadakan di semua masjid di seluruh negeri
00:07itu
00:07untuk memohon agar keadaan jerebu yang melanda Sarawak ketika ini bertambah baik.
00:13Kesultanan Pahang menerusi hantaran di Facebook memaklumkan baginda bertitah doa dan ikhtiar perlu berjalan seiring
00:19dalam menghadapi keadaan jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan serta kesejahteraan rakyat.
00:25Menurut hantaran itu, baginda turut menasihati masyarakat di Sarawak supaya mematuhi segala arahan dan nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa
00:33negeri
00:33khususnya berkaitan keselamatan dan kesihatan sepanjang keadaan jerebu serta mengambil langkah yang sewajarnya.
00:41Bacaan Indeks Pencemaran Udara IPU di Ibu Pejabat Daerah Serian, Sarawak mencatatkan penurunan kepada 190 setakat jam 9 pagi tadi
00:50berbanding 227 petang semalam. Menyaksikan kualiti udara di kawasan berkenaan beralih daripada tahap sangat tidak sihat kepada tidak sihat.
01:00Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia, APIMS, 10 kawasan lain juga mencatatkan tahap yang tidak sihat
01:09iaitu Kucing, Samarahan, Sarike dan Sri Aman, Sibu, Bintulu, Samalaju dan Mukah serta Miri dan juga Bukit Rambai di Melaka.
Comments

Recommended