00:00Pihak berkuasa Peru berjaya memusnahkan lebih 9.3 tan dadah rempasan dalam satu operasi besar membantras aktiviti penyeludupan dan pengedaran
00:10narkotik di negara itu.
00:12Menurut Kementerian Dalam Negeri Peru, operasi berkenaan merupakan proses pelupusan dadah ke-5 yang dilaksanakan sepanjang tahun ini.
00:21Antara bahan terlarang yang dimusnahkan ialah 4,519 kg ganja, 3,465 kg kokain serta 760 kg pes kokain.
00:33Kesemua dadah tersebut dirampas menerusi pelbagai operasi anti-pengedaran yang dijalankan polis di negara itu.
00:40Timbalan Menteri Ketentera Amat Dalam Negeri, Sinsa Jordan Bricknell turut menyelia proses pemusnahan dadah tersebut di Lima.
00:47Sebelum dimusnahkan, pakar forensik menjalankan pemeriksaan dan pengesahan terhadap rampasan berkenaan.
00:55Menurut Bricknell, tindakan memusnahkan dadah rampasan itu memberi impak terus kepada kumpulan jenayah dengan memutuskan sumber kewangan yang digunakan untuk
01:03menjalankan aktiviti haram.
Comments