Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Kes demam denggi di Malaysia meningkat 56.2 peratus tahun ini dengan cuaca panas dan hujan berselang-seli dikenal pasti antara faktor utama yang menggalakkan pembiakan nyamuk Aedes.

Kementerian Kesihatan Malaysia mengingatkan orang ramai supaya terus meningkatkan langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko penularan penyakit berkenaan.
Transcript
00:00Kes demam denggi di Malaysia tahun ini dilaporkan meningkat 56.2% dengan faktor cuaca dikenal pasti sebagai penyumbang kepada
00:09penularan penyakit itu.
00:10Menurut Timbalan Pengarah Penyakit Berjangkit Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesehatan Malaysia, Dr. Nur Aisyah Buang, perubahan corak cuaca menjadikan kitaran
00:20pembiakan nyamuk edis lebih mudah berlaku.
00:24Nyamuk edis, dia nak bertelur itu, dia tidak sentuh air. Dia akan bertelur di dinding yang berdekatan dengan permukaan air.
00:34Jadi, kalau dengar penyakit kesehatan, kita selalu cakap, oh, berselang seri antara panas dan hujan.
00:42Maksudnya apa? Masa panas, nyamuk edis kan dia akan bertelur dekat tepi dinding.
00:47Bila hujan, dia akan raise the level, water level.
00:51Cecah saja kepada telur, telur itu akan menetas.
00:55Beliau berkata demikian dalam program Awani Pagi pada Sabtu.
00:59Jelasnya, keadaan panas dan hujan yang berlaku secara berselang-seli menyediakan keadaan yang sesuai untuk kitaran pembiakan nyamuk edis berlaku
01:07dengan lebih cepat.
01:08Malah telur nyamuk yang ditinggalkan di kawasan berhampiran takungan air boleh menetas apabila paras air meningkat selepas hujan.
01:16Orang selalu cakap, oh, dah lama tak ada dengi dekat kawasan saya.
01:20Tiba-tiba ada.
01:23Sebab telur nyamuk itu, hari ini mak dia bertelur, dia boleh tahan sampai setahun.
01:28Dekat dinding tepi itu.
01:30Lepas tu, bila ada hujan yang dah lama, contohnya kan, lepas tu hujan, dia macam popcorn tau.
01:38Macam mana awak tengok popcorn tu, macam tu lah nyamuk tu, dia akan menetan-tanan letas.
01:43Dia macam tu. Jadi, memang faktor cuaca merupakan antara faktor yang menyumbang.
01:49Bagaimanapun, beliau menegaskan, pendularan dengi tidak boleh dikaitkan dengan faktor cuaca semata-mata
01:53kerana ia turut melibatkan faktor manusia, kehadiran virus dengi, serta kewujudan tempat pembiakan nyamuk edis.
02:02Jelasnya, Malaysia mencatatkan lebih 60,000 kes dengi.
02:05Dengan kawalan tempat pembiakan edis dan penglibatan aktif masyarakat,
02:09terus menjadi langkah utama untuk membendung penyakit perkenaan.
Comments

Recommended