00:00Malaysia merikaskan komitmen berterusan untuk merealisasikan aspirasi ASEAN bebas jerebu menjelang 2030
00:06menerusi pelaksanaan berkesan perjanjian ASEAN mengenai pencemaran jerebu merentas sempadan.
00:12Menteri Sumber Asli dan Kelastarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurok berkata,
00:17pendirian itu telah disampaikan menerusi utusan rasmi kepada Siti Seagung ASEAN, Dr. Kao Kim Hoon pada 21 Ogos lalu.
00:25Menurut beliau, pemantauan Kementerian terhadap perkembangan meteorologi semasa mendapati keadaan cuaca kering yang berterusan di selatan rantau ASEAN
00:33telah menyebabkan peningkatan aktiviti titik panas dan jerebu.
00:37Keadaan itu berpotensi menjadi lebih meluas susulan fenomena El Nino yang dijangka beransur menguat dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
00:44Bagaimanapun beliau berkata kejadian kebakaran ketika ini masih terkawal dalam sempadan negara anggota ASEAN masing-masing.
00:51Namun risiko pencemaran jerebu merentas sempadan memerlukan kesiapsagaan kolektif serta kewaspadaan tinggi di peringkat serantau.
00:59Menurutnya pencemaran jerebu akibat kebakaran tanah dan hutan perlu ditangani secara bersama
01:04menerusi langkah pencegahan, kesiapsagaan nasional dan pemantauan berterusan berlandaskan prinsip AATHP.
01:11Katanya intervensi awal, petukaran maklumat yang tepat dan pantas serta koordinasi erat antara negara ASEAN
01:17merupakan elemen penting bagi menangani isu jerebu secara berkesan.
01:22Sehubungan itu, semua negara anggota ASEAN digesa meningkatkan kawalan dan kesiapsagaan
01:26dengan mengekalkan pemantauan rapi di kawasan berisiko tinggi.
01:30Ia termasuk mempertingkat pengawasan titik panas, memperkukuh pengokosaan terhadap larangan pembakaran terbuka
01:36serta memastikan kesiapsagaan operasi pemadaman kebakaran yang cekap bagi mengelakkan insiden daripada merebak.
01:43Dalam benda itu, Malaysia mengalu-alukan peranan proaktif Sekretariat ASEAN sebagai pusat koordinasi ASEAN sementara
01:48bagi kawalan pencemaran jerebu menentas sempadan.
01:52Peranan itu penting dalam memudah cara penyebaran maklumat,
01:55menyelaras langkah kesiapsagaan antara negara anggota
01:58serta memperkukuh mekanisme kerjasama di bawah AATHP.
02:01Terima kasih kerana menonton!
Comments