Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Beberapa pegawai keselamatan Israel dilaporkan memberi amaran bahawa retorik kerajaan Benjamin Netanyahu terhadap Türkiye boleh mencetuskan ketegangan yang tidak perlu antara kedua-dua negara.

Kebimbangan itu timbul ketika hubungan Ankara dan Tel Aviv terus tegang susulan perkembangan konflik serantau.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Beberapa pegawai keselamatan Israel dilakukan memberi amaran bahawa retorik keras kerajaan Benjamin Netanyahu terhadap Turki boleh mencetuskan ketegangan yang tidak
00:09perlu antara kedua-dua negara.
00:10Menurut media Israel, sebahagian pegawai keselamatan berpendapat, petikaian dengan Turki tidak sewajarnya diperluaskan menjadi konfrontasi terbuka.
00:21Kebimbangan itu timbul ketika kerajaan Netanyahu meningkatkan kritikan terhadap Turki menjelang pilihan raya Knesset yang dijadual berlangsung pada 27 Otober
00:30depan.
00:30Media Israel terus melaporkan bahawa nama Turki dan Presiden Recep Tayyip Erdogan semakin kerap dijadikan sebahagian daripada naratif politik serta
00:38kempen parti likut pimpinan Netanyahu.
00:41Dalam perkembangan berkaitan, tentera Israel dilaporkan menyokong serangan terhadap pangkalan tentera Abu al-Duhu di Idlib, Syria yang terletak berhampiran
00:49sempadan Turki.
00:51Bagaimanapun, terdapat pegawai keselamatan yang mahu operasi berkenaan dilaksanakan tanpa menarik perhatian bagi mengelakkan ketegangan lebih besar dengan Ankara.
Comments

Recommended