Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Kerajaan dijangka mengumumkan hasil siasatan berkaitan FELDA dalam masa terdekat selepas Pasukan Petugas Khas melengkapkan penelitian terhadap isu yang dibangkitkan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Hasil siasatan berkaitan Felda akan diumumkan dalam masa terdekat selepas pasukan petugas khas melengkapkan penelitian terhadap isu yang sedang disiasat.
00:10Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau kini menunggu laporan penuh pasukan berkenaan sebelum kerajaan membuat pengumuman mengenai dapatan
00:20dan tindakan susulan.
00:24Beliau berkata siasatan turut memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki pengurusan Felda selain mengenalpasti kelemahan dan masalah yang berlaku sebelum ini.
00:37Pasukan tugas khas itu dalam berbola dan saya tunggu lengkap siasatan baru kita umumkan dalam masa singkat.
00:45Apa aspeknya Datuk Seri Anwar Ibrahim?
00:47Semua tentang pengurusan, memperbaiki pengurusan tentunya mengenalpasti permasalahan lalu tapi yang penting ialah pengurusan kini dan langkah-langkah ke depan.
01:00Perkembangan siasatan dan laporan pasukan petugas khas yang sedang diperhalusi kerajaan telah disembah maklum kepada Seri Paduka Baginda.
01:09Sebelum ini, Yang Di-Pertuan Agung Sultan Ibrahim bertitah supaya siasatan berkaitan laporan Suhan Jai Siasatan Diraja atau RCI Tabung
01:18Haji
01:18serta isu semasa Felda dilaksanakan secara menyeluruh tanpa berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.
01:28Perdana Menteri berkata demikian kepada media selepas menghadiri sesi ramah mesra bersama pengurusan tertinggi Felda dibangi pada Jumaat.
01:38Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended