Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Polis Poland merampas 11 laras senjata api susulan insiden tembakan di Krakow yang mengorbankan enam orang. Mayat ahli keluarga suspek turut ditemukan di kediamannya.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis Poland menemui dan merampas 11 laras senjata api yang mempunyai kaitan dengan insiden tembakan di Krakau yang mengorbankan 6
00:07orang dan mencederakan 16 yang lain.
00:10Pendakwa raya daerah KLC Daniel Prokopovich berkata 4 senjata api ditemukan di lokasi kejadian manakala 7 lagi dirampas di kediaman
00:18suspek.
00:21Menurut beliau jumlah tersebut sepadan dengan rekod pihak berkuasa yang menunjukkan suspek dan bapanya memiliki permit bagi 11 laras senjata
00:30api.
00:30Dalam kejadian pada Sabtu seorang lelaki melepaskan tembakan dari sebuah kenderaan yang sedang bergerak di pusat bandar Krakau.
00:38Serangan itu mengorbankan 6 orang manakala 16 lagi cedera termasuk seorang anggota polis.
00:43Suspek yang turut mengalami kecederaan berjaya ditahan dan kini masih menerima rawatan di hospital.
00:50Siasatan lanjut membawa kepada penemuan mayat kakak serta kedua ibu bapa suspek di kediamannya.
00:56Pihak berkuasa Poland kini menyiasat motif serangan berkenaan termasuk kemungkinan kaitannya dengan kematian ahli keluarga suspek.

Recommended