00:00Kedutaan Besar Malaysia di Warsaw sedang memantau rapat situasi di Krakow, Poland, susulan insiden tembakan yang berlaku di dataran pasar
00:07utama bandar raya itu pada Sabtu.
00:10Menurut kedutaan, pihaknya sentiasa berhubung dengan komuniti rakyat Malaysia yang berada di Krakow bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mereka terjamin.
00:19Pihak kedutaan menggalakkan rakyat Malaysia di Poland supaya mendaftarkan butiran diri mereka dengan pihak kedutaan.
00:26Kedutaan turut menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di Poland supaya sentiasa peka terhadap perkembangan semasa dan mematuhi arahan pihak berkuasa
00:33tempatan.
00:34Dalam kenyataan sama, kedutaan besar Malaysia turut merakamkan ucapan takziah kepada mangsa insiden, keluarga mereka dan rakyat Poland yang sedang
00:42melalui tempoh berkabung.
00:44Kedutaan berkata Malaysia menzahirkan solidariti kepada kerajaan dan rakyat Poland susulan tragedi berkenaan.
00:50Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsuler kecemasan boleh menghubungi kedutaan besar Malaysia di Warsaw menerusi talian yang disediakan atau melalui
00:59email rasmi kedutaan.