Skip to playerSkip to main content
Bagi penduduk setempat, pembangunan kawasan itu perlu diteruskan dan dipertingkatkan, selari dengan keperluan komuniti yang semakin berkembang, termasuk menyediakan kemudahan yang dapat dimanfaatkan masyarakat setempat.

#PRNMelaka #MelakaMemilih

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kemudahan asas seperti stesen minyak dan Dewan Serba Guna antara perkara yang masih menjadi keperluan penduduk Dewan Undangan Negeri Don
00:07Asahan.
00:08Menjelang pilihan raya negeri Melaka kali ini, penduduk berharap pembangunan kawasan itu dapat diteruskan.
00:13Mereka juga mahu perhatian diberikan kepada aspek infrastruktur dan penyediaan lebih banyak kawasan perumahan untuk anak tempatan.
00:23Bagi penduduk Don Asahan, pembangunan bukan sekadar pembinaan infrastruktur baharu.
00:28Sebaliknya perlu mengambil kira keperluan harian dan kemudahan yang boleh dimanfaatkan seluruh komuniti.
00:35Antara yang menjadi harapan mereka ialah penyediaan stesen minyak dan Dewan Orang Ramai yang sehingga kini masih belum tersedia di
00:43kawasan berkenaan.
00:44Bagi Jamaluddin Mat Aris, 63 tahun, ketidaraan Dewan Orang Ramai menyukarkan penduduk menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan termasuk majlis perkahwinan.
00:54Jadi, sampai ini kita tengok apa itu yang perlu sekarang ialah pembina dan Dewan Orang Ramai.
01:08Sebab yang macam Asahan ni kata Don Asahan, Don Asahan. Tapi kita Dewan pun tak ada.
01:14Cuba puan tengok tu sebelah tu. Siapa punya? Cina punya.
01:18Dia orang, sana pun ada Dewan. Tapi kita sini tak ada Dewan.
01:23Jadi, kalau macam tu kalau ada Dewan kan, kita senang untuk kalau buat kerja zaman kahwin ke apa semua, kita
01:29boleh gunakan Dewan.
01:30Orang Ramai. Jadi, sekarang kita tak ada Dewan. Yang ada kita ada cuma dataran tu lah.
01:34Selain kemudahan komuniti, penambahbaikan jaringan jalan raya menjadi antara perkara yang diharapkan dapat diberi perhatian.
01:41Sidang Asahan, Masrul Zamri Omar berkata, laluan menghubungkan Asahan kerja mentah menjadi laluan penting kepada pengguna, termasuk yang berulang-alik
01:50atas urusan kerja.
01:52Justeru, dia berharap laluan berkenaan dapat dinaik taraf menerusi kerja pelebaran dan pelurusan jalan bagi meningkatkan keselesaan dan keselamatan pengguna.
02:02Kerana di Asahan ni, apabila yang seperti saya kata tadi, jalan menghubung kerja mentah tu dah diwujudkan.
02:11Jadi, memang sudah tentulah jadi tumpuan daripada kalangan guru-guru sebenarnya yang mengajar di daerah Jasin, Asahan untuk balik ke
02:23pantai timur.
02:24Mereka melalui jalan utama ni, jadi saya mengharapkan yang saya nampak adalah ispatut tu jalan raya lah supaya dapat diluruskan
02:32dan dibesarkan.
02:34Dalam masa sama, pembangunan kawasan perumahan juga dilihat penting bagi membuka lebih banyak peluang kepada anak jati Asahan untuk memiliki
02:42kediaman.
02:43Perniaga kedai makan, Hazanun Abu Hassan, 45 tahun berkata, lebih banyak pilihan perumahan diharap dapat diwujudkan supaya anak tempatan tidak
02:52perlu berhijrah ke kawasan lain untuk memiliki kediaman.
02:56Kerusi Don Asahan menyaksikan pertemuan satu lawan satu antara penyandangnya Datuk Fairunizam Roslan daripada Barisan Nasional dengan calon Pakatan Harapan
03:05Dinesh Palasubramaniam.
03:07Pada PRM Melaka 2021, Fairunizam memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 2,993 undi.

Recommended