Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Hilton Burau Bay Langkawi menawarkan penginapan berlatar hutan tropika dan Laut Andaman, lengkap dengan kemudahan rekreasi, spa serta akses mudah ke tarikan utama pulau itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Langkawi
00:03Baik, seterusnya kami sediakan sedikit cerita mengenai Langkawi.
00:07Langkawi sememangnya terkenal dengan keindahan pantai dan landscape semula jadinya.
00:12Namun bagi mereka yang mencadik pengalaman perucutian dengan sentuhan kemewahan,
00:16pulau ini turut menawarkan pilihan penginapan yang cukup menarik.
00:19Antaranya Hilton Burau Bay Langkawi yang terletak di Teluk Burau,
00:23menggabungkan suasana hutan hujan tropika dengan pemandangan laut andaman
00:27dengan latar alam semula jadi yang begitu mempersonakan.
00:30Resort ini menawarkan pengalaman perucutian yang bukan sahaja memberi keselesaan,
00:34malah membuka ruang untuk pengunjung menikmati keindahan Langkawi dalam suasana lebih santai.
00:45Melangkah masuk ke resort ini, elemen alam semula jadi jelas menjadi sebahagian daripada konsep reka bentuknya.
00:51Meragumi kawasan hampir 22 eka, Hilton Burau Bay Langkawi mempunyai 251 bilik dan suite
00:58dengan reka bentuk yang menggabungkan elemen modern serta sentuhan tropika.
01:03Setiap ruang turut menawarkan pilihan pemandangan berbeza,
01:06sama ada menghadap kehijauan hutan, pergunungan maupun laut andaman.
01:10Bagi pengunjung yang gemarkan aktiviti santai,
01:13resort ini menyediakan tiga kolam renang dengan konsep berbeza,
01:17termasuk kemudahan untuk kanak-kanak dan kawasan khusus untuk golongan dewasa.
01:21Turut menjadi tarikan ialah lima kolam berkonsepkan mediatif rock pools
01:25yang memberi suasana lebih tenang.
01:28Dengan kawasan pantai sepanjang kira-kira 650 meter,
01:31pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti di pesisir pantai
01:35atau sekadar meluangkan masa menikmati pemandangan laut.
01:39Bagi yang lebih aktif, kemudahan sukan seperti tenis, pickerball dan bola keranjang turut disediakan.
01:45Selain kemudahan penginapan dan rekreasi,
01:47pengalaman kulinari juga menjadi antara aspek yang diberi perhatian.
01:51Resort ini menampilkan empat konsep restoran dan ruang makan
01:55dengan pilihan sajian yang pelbagai.
01:57Daripada hidangan Asia dan antarabangsa,
02:00sajian Yunan sehinggalah masakan Itali,
02:03pengunjung mempunyai pilihan untuk menikmati pengalaman gastronomi
02:06yang berbeza sepanjang penginapan mereka.
02:09Bagi mereka yang ingin mengambil peluang untuk berehat sepenuhnya,
02:12Ephoria Spa pula menawarkan pelbagai rawatan kesejahteraan.
02:16Antara kemudahan yang disediakan termasuk sauna, terbuka dan salt room,
02:20sekaligus melengkapkan pengalaman relaksasi dalam persekitaran resort.
02:25Menariknya, kedudukan resort ini juga berhampiran beberapa tarikan pelancongan utama langkawi
02:30termasuk langkawi skycap, skybridge dan air terjun telaga 7.
02:34Ini memberi lebih banyak pilihan kepada pengunjung untuk mengisi masa
02:38sama ada meneroka tarikan sekitar pulau
02:40atau menikmati kemudahan yang tersedia di resort.
02:44Dalam landscape pelancongan langkawi yang semakin menawarkan pelbagai pilihan pengalaman,
02:48Hilton Burau B. Langkawi membawa pendekatan yang menggabungkan
02:51keselesaan, rekreasi dan keindahan alam semula jadi.
02:55Kerana pagi sesetengah pengunjung, percutian bukan sekadar tentang destinasi yang ingin diterukai
03:00tetapi juga pengalaman yang dinikmati sepanjang berada di sana.

Recommended