Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Kesatuan Eropah mengibarkan bendera separuh tiang sebagai penghormatan kepada mangsa tragedi tembakan di Krakow, Poland.
Transcript
00:00Bendera Kesatuan Eropah EU dikibarkan separuh tiang sebagai tanda berkabung susunan insiden tembakan maut di Krakow, Poland yang sekurang-kurangnya
00:08meragut enam nyawa dan mencederakan enam belas orang.
00:11Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula Wendelain berkata, Eropah berkongsi rasa duka dan terkejut dengan serangan yang berlaku pada Sabtu.
00:22Tindakan mengibarkan bendera separuh tiang itu terut bertujuan menghormati mangsa serta petugas kecemasan yang terlibat dalam operasi menelamat.
00:30Katanya insiden itu menuntut perpaduan dalam kalangan negara-negara Eropah dalam menentang kebencian dan ekstremisme.
00:36Dalam kejadian itu, seorang lelaki melepaskan tembakan ke arah orang awam berhampiran dataran utama Krakow yang menjadi tumpuan pelancong.
00:45Menteri Dalam Negeri Polemar Cinkirowiski berkata siasatan awal menunjukkan suspek mungkin dipengaruhi ideologi ekstremisme haluan kanan.
00:52Namun perkara itu masih dalam siasatan.
00:55Pihak berkuasa turut menemukan tiga mayat di kediaman suspek yang dikenal pasti sebagai ahli keluarganya.
01:02Suspek yang berusia 25 tahun itu ditembak polis semasa operasi penahanan dan kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
01:09Susulan itu, polen mengisytiharkan tempoh berkabung selama dua hari dengan bendera negara di seluruh negara turut dikibarkan separuh tiang.
01:17Terima kasih telah menonton!

Recommended