Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sering menjadi ukuran utama prestasi ekonomi sesebuah negara. Namun, di sebalik angka pertumbuhan itu, terdapat realiti yang lebih penting untuk dinilai seperti pendapatan rakyat, peluang pekerjaan, kos sara hidup dan tahap kesejahteraan masyarakat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, pada minggu lalu kita menyaksikan data yang dikeluarkan oleh dozem berkenaan dengan suku KDNK, suku kedua bagi tahun 2026,
00:07di mana selain data dan juga keluaran dalam negara kasar KDNK bagi suku kedua 2026 yang kita lihat pada minggu
00:14lalu, beberapa data penting turut dikeluarkan sepanjang minggu ini, termasuk prestasi perdagangan dan juga kadar inflasi negara.
00:22Dan untuk ini, kita melihat betapa pentingnya untuk kita fahami landscape ekonomi pada waktu ini dan untuk mengulas lanjut berkenaan
00:29dengan perkara yang kita ingin bincangkan pada hari ini, secara datalian sudah pun bersedia, Abdul Moiz Murhalim, Pakar Ekonomi MBSB
00:37Research pada waktu ini. Assalamualaikum Encik Moiz.
00:40Waalaikumsalam.
00:41Baik Encik Moiz, kalau kita lihat kepada prestasi ekonomi negara yang memperangsangkan dan juga digambarkan melalui pertumbuhan KDNK sebanyak sekitar
00:496.0% pada suku kedua tahun ini, lebih baik sebenarnya daripada anggaran awal iaitu sekitar 58% dan juga
00:56pertumbuhan sekitar 54% pada suku sebelumnya.
01:00Dan pada waktu ini, kalau saya boleh tanyakan kepada Moiz, apakah faktor utama sebenarnya yang mendorong pertumbuhan yang kukuh dan
01:07juga adakah momentum tersebut mampu dikekalkan pada separuh kedua tahun ini, Encik Moiz?
01:12Okey, pertama sekali kita lihat dari segi pertumbuhan 6% ini memang sedikit lebih tinggi berbanding jangkaan kami sekitar 5
01:22.9% dan ini menjadi faktor utama kenapa kami juga telah menaikkan unjuran bagi pertumbuhan KDNK tahun 2026 kepada 5
01:32.1%
01:33bermakna kita menjangka keadaan ekonomi mampu berkembang pada paras 5% seperti yang dicatat pada dua tahun sebelum ini.
01:42Faktor utama peningkatan yang lebih baik ini adalah lebih tertumpu kepada peningkatan aktiviti eksports yang mana kita dapati ada dua
01:52perkara penting.
01:53Pertama ialah peningkatan melibatkan eksport produk elektronik dan elektrik, E&E dan kita dapati juga terdapat permintaan yang dibuat lebih
02:04melebihi ataupun meningkat disebabkan
02:06kebanyakan syarikat juga ingin membina inventori ataupun stok barangan yang mencukupi bagi memastikan kestabilan lantaian pembekalan mereka.
02:15Dan dari sudut domestik kita dapati perbelanjaan tempatan juga kekal stabil malah kita dah melihat dari segi pertumbuhan sektor perkhidmatan.
02:23Contohnya adalah lebih kuat berbanding apa yang dicatat sebelum ini dan pada saya peringkat awal kami agak bimbang mungkin tekanan
02:32harga ataupun
02:33inflasi yang lebih tinggi daripada kenaikan harga minyak dunia mungkin boleh menjejas sentimen pengguna dan juga jumlah perbelanjaan yang mungkin
02:40dibuat.
02:41tetapi nampak gaya kesan langsung daripada tekanan harga adalah sedikit sebanyak dapat dihadkan dengan usaha ataupun tirakan kerajaan untuk mengekalkan
02:50harga subsidi minyak.
02:52Untuk separuh kedua ini mungkin pada saya saya menyangka mungkin akan pertumbuhan lebih sedikit sederhana kerana terdapat juga sokongan pada
03:02separuh kedua melibatkan
03:04low base effect ataupun paras aktiviti yang lebih rendah tahun lalu disebabkan kebimbangan melibatkan isu tarif yang dikenakan oleh Amerika
03:12Syarikat tahun lalu.
03:13Tetapi secara teknikalnya low base effect yang lebih kecil ini mungkin menyebabkan pertumbuhan adalah lebih perlahan.
03:19Pada masa sama saya juga masih bimbang melihat kepada tekanan kos pengeluaran yang mungkin boleh menjejas aktiviti pengeluaran untuk separuh
03:27kedua tahun ini.
03:28Ya, Muiz kalau kita sentuh tentang prestasi perdagangan luar ekspor negara kalau kita lihat terus berkemah pesat walaupun kadar yang
03:36lebih sederhana sebanyak 3.8%
03:38berbanding kalau kita lihat pada bulan sebelumnya iaitu sekitar 45.5% dan berdasarkan analisis terhadap kita lihat kepada data
03:45terkini yang dikeluarkan
03:46apa yang sebenarnya menjadi punca utama ataupun pemacu penting untuk kita melihat kepada pertumbuhan ekspor negara.
03:52Adakah disebabkan prestasi kukuh ini kita dapat kekalkan atau adakah pertumbuhan ekspor yang kukuh ini juga kita dapat lihat
03:59satu penunjuk bahawa kesan ketidaktentuan geopolitik di Timur Tengah yang berlaku pada waktu ini?
04:07Muiz.
04:08Okey, prestasi ekspor ini sebenarnya tidak terkejutlah. Kita memang dapati secara umum masih baik
04:14dan bila kita lihat dari segi data ataupun prestasi bulan julat adalah melebihi jangkaan pasaran secara umumnya.
04:21dan saya tidak terkejut kalau kita lihat dari segi sokongan utama masih datang daripada ekspor E&E
04:29yang mana kalau kita lihat kebanyakan pasaran seperti ekspor ke Amerika Syarikat, Taiwan, Eropah dan juga negara-negara serantau
04:37kita dapati ini adalah penyokong utama.
04:39Malah kita dapati Malaysia sebagai sebahagian daripada negara yang terlibat dalam rantai perbekalan E&E global
04:48kita dijangkakan terus mendapat laba ataupun kesan positif daripada peningkatan ekspor E&E ini
04:56yang mana ianya dijangkakan terus berkembang hingga ke sekurang-kurangnya separuh pertama tahun hadapan.
05:04Cuma bila satu sudut bila kita disebut tentang gangguan melibatkan isu ataupun ketegangan di Timur Tengah
05:10mungkin kita agak bimbang melihat kepada masalah gangguan bekalan minyak ataupun produk-produk petrokimia
05:17tetapi bila kita lihat dari segi data pada bulan Julai juga menunjukkan Malaysia masih mencatat peningkatan
05:23untuk ekspor produk petrolium yang mana mungkin setengah negara mencari jalan untuk mendapatkan produk petrolium
05:30daripada negara lain termasuklah daripada Malaysia.
05:32dan ada juga keadaan kita lihat contohnya peningkatan barangan kimia khususnya Uria
05:40yang mana ini menyokong peningkatan ekspor ke negara seperti New Zealand
05:44yang mana ini adalah satu pada saya usaha untuk memastikan pasaran-pusahan lebih luas
05:51perlu diteruskan kerana kita dapat mengurangkan kesan ketidaktentuan permintaan luar
05:57yang banyak terjias akibat ketegangan yang berlaku di Timur Tengah.
05:59Ya, dan kalau kita bergerak kepada satu lagi dapatan lain kepada data yang dikeluarkan oleh Dozom ini
06:06iaitu harga pengguna, kalau kita melihat kadar inflasi terus menyedahana pada sekitar 1.8% pada bulan Julai iaitu bulan
06:13lepas
06:13dan kalau kita lihat kepada data ini, adakah ini bermakna tekanan harga semakin berkurangan
06:18walaupun kita lihat tekanan kos pengangkutan semakin pelahan, kenaikan harga makanan pula yang meningkat kepada 1.8%
06:26iaitu kadar terpantas kalau ikutkan dalam tempoh 10 bulan.
06:29Untuk data ini, bagaimana Muiz boleh kongsikan kepada kita bacaan mengenai pergerakan harga makanan
06:35dan juga kesannya terhadap inflasi secara keseluruhannya, Muiz?
06:40Okey, kalau kita sebut tentang inflasi ini, kita masih perlu sedar bahawa
06:46walaupun kadar itu adalah lebih perlahan sekitar 1.8% tetapi datanya masih kekal positif
06:52yang mana ini menunjukkan secara umumnya keadaan harga di dalam ekonomi negara mencatatkan
06:59peningkatan. Mungkin disebabkan bila kita lihat, ianya banyak bekit rapat dengan pergerakan harga minyak global
07:05yang mana ini memberi kesan kepada inflasi melibatkan komponen seperti pengangkutan
07:11dan kita dapatkan inilah yang menjadi faktor utama disebabkan penurunan harga minyak global pada bulan Jun
07:17dan juga berada pada paras yang lebih kurang sama pada bulan Julai ini menjelaskan
07:22kenapa kadar peningkatan bagi komponen pengangkutan adalah lebih perlahan
07:26tapi seperti yang dinyatakan tadi memang agak membimbangkan kita bila kita lihat
07:30dari segi tekanan harga makanan. Kerana peningkatan 1.8% ini adalah lebih tinggi
07:36berbanding sekitar 1.4% yang ditetap pada bulan sebelumnya
07:39dan bila kita lihat antara komponen yang dilaporkan Jabatan Perangkaan
07:43menyumbang kepada peningkatan harga ini adalah melibatkan harga daging, sayur dan juga telur
07:49dan pada saya lebih membimbangkan sekiranya rantaian bekalan barang makanan ini
07:55mungkin akan terus terjas dan kita menjangka akibat musim El Nino yang dijangka
08:01akan memuncak sekitar bulan November tahun ini hingga ke awal tahun hadapan
08:05dan boleh jadi hasil ataupun jumlah pengeluaran dalam satu pertanyaan ini
08:10mungkin akan juga terjas dan apa yang pada saya kos pengeluaran juga adalah
08:15yang telah meningkat disebabkan gangguan bekalan yang menjejaskan sektor petrokimia
08:21telah menyebabkan kenaikan harga baja dan ini turut sama menjadi punca kenapa
08:26kenaikan harga barang makanan.
08:28Ya, bercakap soal inflasi juga kalau kita lihat kepada sentimen dalam kalangan rakyat
08:32pada waktu ini dan juga isi rumah sederhana keserohannya, mereka sering menekankan
08:36mengenai peningkatan kos arah hidup khususnya berkenaan dengan beban yang mungkin lebih dirasai
08:41oleh golongan miskin bandar dan juga mereka yang berpada batal rendah di bandar
08:45ataupun di kawasan luar bandar sebagainya.
08:47Bagaimana MUIS melihat perkara ini dan data inflasi ini bukan kayu ukur terbaik
08:52adakah itu benar untuk menggambarkan kos arah hidup sebenar memandangkan
08:55kadar inflasi yang rendah seakan-akan kalau kita lihat tidak mencerminkan
08:59tekanan harga yang dirasai oleh pengguna.
09:02Dan pada masa yang sama kita lihat baru-baru ini laporan mengatakan bahawa
09:05kerajaan akan mengkaji semula berkenaan dengan kadar gaji minimum.
09:08persoalan, mungkin dua persoalan dekat sini, adakah masa yang sesuai
09:12untuk kerajaan kaji berkenaan dengan gaji minimum ini sama ada dinaikkan
09:16atau dikekalkan dan bukankah kalau ada kenaikan gaji yang kita katakan ini
09:20akan berpotensi menyumbang kepada inflasi yang mungkin meningkat nanti MUIS?
09:26Okey, kalau kita sebut tentang inflasi ini memang seperti yang saya nyatakan tadi
09:31bila bacaan itu masih kekal positif yang menunjukkan tekanan harga itu masih berlaku.
09:35Cuma kalau kita nak menyatakan bahawa 1.8% yang dikira untuk bagi paras nasional
09:44mungkin saya bersetuju bahawa ini tidak menggambarkan kadar sebenar yang dihadapi oleh individu
09:51kerana komponen-komponen yang diambil kiri ini melibatkan komponen-komponen yang pelbagai.
09:57Contoh kalau kita melihat kepada khusus kepada harga melibatkan pengangkutan tadi
10:03seperti yang saya nyatakan. Kita dapati bacaannya meningkat 4 kali ganda
10:08ataupun setidaknya 2 kali ganda pada sekitar bulan April
10:13kerana ianya mengambil kira bagaimana keadaan harga minyak pada waktu itu
10:19telah mencecah sekitar 100 dolar setong.
10:22Dan bila kita tengok bacaan dari segi inflasi untuk pengangkutan itu
10:26meningkat daripada 1.2% kepada 4%.
10:29Dan ini gandaan itu menunjukkan memang telah ada komponen ataupun kenaikan harga.
10:35Cuma bila kita ambil kira dengan perkara-perkara lain jadi kepeningkatan itu adalah tidaklah begitu tinggi.
10:40Cuma bagi setiap individu pada saya kiraan itu perlu dibuat kerana jumlah ataupun jenis perbelanjaan yang dibuat adalah berbeza-beza.
10:49Dan mengambil kira dari segi semakan semula gaji minima ini pada saya memang semakan itu perlu dibuat dari masa ke
10:57semasa.
10:58Cuma bila kita lihat dari segi kitaran untuk gaji minima ini memang setiap 2 tahun ini akan disemak semula.
11:04Dan saya percaya faktor-faktor seperti inflasi kenaikan kuasa hari hidup akan terus menjadi
11:11antara faktor yang diambil kira.
11:14Memang saya tak nafikan kalau kita lihat dari segi perbicaraan mengenai gaji ini mungkin akan menjadi punca juga
11:19kepada kenaikan kos untuk operasi pada perniagaan.
11:23Tetapi kita perlu sedar sekiranya tiada usaha untuk meningkatkan gaji ataupun pendapatan pengguna
11:31bebanan yang dihadapi ataupun kesejahteraan hidup hari itu akan lebih terjejas.
11:36Sekiranya tiada usaha untuk menyokong peningkatan yang lebih meyakinkan melibat kepada tahap paras pendapatan.
11:46Baik, saya nak ucapkan terima kasih kepada Abdul Moiz Murhalim, Pakai Ekonomi MBSB Research
11:51kerana penting untuk kita bawakan data dan juga bacaan kepada apa yang dikeluarkan oleh Dozob ini
11:56sebab kita nak menuju kepada Belanjawat 2027 yang akan diumumkan nanti sekitar pada bulan Otober.
12:02Sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih kepada Moiz.
12:04Berkongsi pandangan berkenaan dengan prestasi KDNK Malaysia
12:07apa yang kita boleh baca berkenaan dengan perkara berkenaan.
Comments

Recommended