00:00Dalam peritu pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB menggesa siasatan yang segera, bebas dan telus dijalankan berhubung kematian kanak-kanak Palestine,
00:07Hin Rajab dan anggota keluarganya.
00:10Menurut jurucakap PBB, Stefan Dujarik, badan dunia itu mengambil maklum keputusan Tentera Israel untuk membuka siasatan jenayah mengenai insiden tersebut.
00:21Dujarik menegaskan bahawa prinsip accountability penuh mesti ditegakkan dalam semua kes yang melibatkan kehilangan nyawa orang awam ketika konflik bersenjata.
00:30Bagaimanapun, beliau berkata PBB tidak mahu membuat sebarang kesimpulan awal terhadap siasatan yang diumumkan oleh pihak berkuasa Israel.
00:37Kes Hin Rajab mendapat perhatian antarabangsa selepas kematian kanak-kanak itu bersama anggota keluarganya mencetuskan desakan pelbagai pihak supaya siasatan
00:46bebas dijalankan bagi menentukan keadaan sebenar yang membawa kepada tragedi berkenaan.
00:51PBB berulang kali menegaskan bahawa pelindungan terhadap orang awam, khususnya kanak-kanak, merupakan kewajiban di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa
00:59dan perlu dihormati oleh semua pihak yang terlibat dalam konflik.
Comments