00:00Amerika Syarikat akan menggunakan sekatan ekonomi paling keras dalam sejarah terhadap Iran.
00:05Menurut setiausaha perbenaraan Amerika Syarikat, Scott Besson, ia sebagian strategi mengurangkan keperluan untuk melancarkan operasi ketenteraan berskala besar baru terhadap
00:13Iran.
00:15Kenyataan itu dibuat sehari selepas Presiden Donald Trump mengancam untuk melancarkan perang ekonomi dan memberi amaran kepada mana-mana negara
00:22yang memberikan sebarang bentuk bantuan kepada Iran akan berdepan akibat ekonomi yang besar.
00:27Harga minyak dunia meningkat ke paras tertinggi lebih tiga minggu pada Khamis, susulan ancaman sekatan kewangan Amerika ketika konflik yang
00:35hampir memasuki tempoh enam bulan itu terus menjejaskan bekalan minyak dari Asia Barat.
00:40Besson berkata jika Amerika melaksanakan tekanan ekonomi pada tahap maksimum, kemungkinan untuk operasi ketenteraan berskala besar disambung semula adalah lebih
00:49rendah.
00:49Beliau merujuk kepada sekatan laut yang dikenakan Amerika terhadap Iran pada April dan dihentikan sementara selama sebulan pada pertengahan Jun.
00:57Besson turut mendakwa langkah itu akan berjaya menekan Iran sehingga membawa kepada kejatuhan kerajaan negara berkenaan.
01:04Sementara itu, Kementerian Luar Iran mengecam sekatan ekonomi dan perdagangan yang diumumkan Amerika sebagai satu bentuk keganasan ekonomi.
01:11Menurut Kementerian itu, sekatan berkenaan hanya akan memberi kesan kepada rakyat biasa Iran dan boleh dianggap sebagai jenayah terhadap kemanusiaan.
Comments