00:00Jabatan Imigresi Malaysia JIM Sabah menghantar pulang seramai 4,750 pendatang asing pelbagai warga negara ke negara asal masing-masing
00:09setakat tahun ini.
00:10Menurut Jabatan itu, jumlah berkenaan termasuk pelaksanaan program penghantaran pulang terbaru yang membabitkan 144 warga negara Indonesia menerusi laluan laut
00:19menggunakan feri komersial pada Khamis.
00:23Kesemua warga Indonesia terbabit berusia antara 3 hingga 68 tahun terdiri daripada 107 lelaki, 26 wanita, 4 kanak-kanak lelaki
00:33dan 7 kanak-kanak perempuan.
00:35Warga negara Filipina mencatatkan jumlah penghantaran pulang tertinggi dengan 3,008 orang, diikuti Indonesia 1,478 orang, Pakistan 118 orang,
00:46China 109 orang, Vietnam 18 orang dan 19 individu daripada pelbagai negara lain.
00:53JIM Sabah maklumkan semua kanak-kanak yang terlibat diiringi ibu bapa atau penjaga masing-masing sepanjang proses penghantaran pulang.
01:00Mereka merupakan tahanan dari Dipo Imigresen Kota Kinabalu, Dipo Imigresen Papar dan Dipo Imigresen Sandakan yang telah selesai menjalani hukuman
01:09mengikut peruntukan undang-undang negara.
01:11Menurut kenyataan itu, kesemua individu berkenaan turut memiliki surat perjalanan laksana pasport SPLP yang sah yang dikeluarkan pihak berkuasa negara
01:19asal masing-masing.
01:20JIM Sabah menegaskan operasi penghantaran pulang warga asing yang melanggar syarat imigresen akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa selaras
01:29dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Comments