Skip to playerSkip to main content
  • 17 minutes ago
Isu jerebu rentas sempadan yang membelenggu negara terutama di Sarawak dijangka antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada Sabtu ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Isu jerebu rentas sempadan yang membelenggu negara, terutama di Sarawak, dijangka antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
00:08dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, pada Sabtu ini.
00:12Pesuruh Jaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Datuk Aini Atan berkata, perkara itu dijangka dibincang pada pertemuan empat mata antara kedua
00:20-dua pemimpin sempena lawatan kerja dua hari Anwar ke Brunei.
00:25Jelasnya ini kerana isu jerebu ini merupakan satu isu kesihatan yang saling berkaitan antara kedua negara dan beberapa negara ASEAN
00:33lain.
00:35Kemungkinan akan dibincangkan sebab kita ada sesi empat mata di antara Wai Pernah Menteri dan Sultan dan isu-isu ini
00:42merupakan satu isu yang memang isu semasa yang memang berkaitan kata kedua negara kan.
00:47Dan sebagaimana kita tahu isu jerebu ini melibatkan yang terpaling terkena, tempiasnya adalah Sarawak sendiri kan.
00:58Dan dengan kehadiran juga Premier Sarawak dan Sabah dalam meeting tersebut, pastinya saya rasa isu ini tidak dapat tidak mungkin
01:06akan dibincangkan.
01:07Itu terpulang kepada kedua-dua pemimpin.
01:09Mengulas lanjut, Muhammad Aini berkata turut menjadi tumpuan ialah isu-isu berbangkit dalam sesi ELC ke-26 di Kuala Lumpur
01:16tahun lalu termasuk isu sempadan darat.
01:19Katanya kehadiran dua pemimpin iaitu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji J. Nur dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari
01:26Tonopeng dalam lawatan kerja Anwar itu sudah pasti
01:29membincangkan isu sempadan antara Borneo dan negeri-negeri Borneo tersebut.
01:33Ini sebenarnya isu yang memang sudah dibincangkan. Saya tidak dapat sentuh sebab lebih lanjut.
01:39Sebab isunya adalah terus-berterusan telah dibincangkan dan akan terus dibincangkan sehingga dapat diselesaikan.
01:44Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena lawatan kerja Perdana Menteri ke Brunei pada Khamis.
01:49Pada Oktober 2025, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hassan berkata Malaysia optimis mencapai sasaran memuktamadkan persempadanan darat dengan Brunei menjelang
01:592034
02:00selepas sejumlah 38.67km jajaran perbatasan kedua-dua negara selesai ditanda dan diukur tahun ini.
02:08Jelas Mohamad ini menjadikan jumlah keseluruhan kemajuan adalah 41% atau 214.638km berbanding 528.45km keseluruhan jajaran sempadan darat
02:23ke dua-dua negara.
02:24Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended