Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
PBB memberi amaran bahawa wabak Ebola di Republik Demokratik Congo terus berkembang dengan lebih 5,200 kes disahkan dan hampir 2,500 kematian. WHO turut menyediakan 70,000 dos vaksin Ervebo bagi melindungi petugas kesihatan dan membantu usaha kawalan wabak.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu sementara itu memberi amaran bahawa wabak Ebola di Republik Demokratik Kongo terus berkembang dengan lebih 5
00:08,200 kes dan hampir 2,500 kematian direkodkan.
00:12Menurut jurucakap PBB, Stefan Dujarik, Kerajaan Kongo dan rakan kemanusiaan, kini bertindak menggandakan usaha untuk mengekang penularan wabak tersebut.
00:22Menurut beliau, kapasiti rawatan selamat telah ditingkatkan hampir 3 kali ganda manakala program penglibatan komuniti diperkukuh bagi meningkatkan kesedaran awam
00:31mengenai langkah pencegahan jangkitan.
00:32Selain itu, jumlah pasukan pengembunian selamat turut digandakan bagi mengurangkan risiko penularan virus semasa pengurusan jenazah.
00:40Dalam usaha memperkukuh kawalan wabak, Kerajaan Kongo dengan sokongan PBB melancarkan inisiatif Kongo River Without Ebola yang bertujuan meningkatkan pemantauan
00:50serta kesiapsiagaan di sepanjang sungai.
00:53Sungai Kongo merupakan laluan pengangkutan utama yang menghubungkan pelbagai wilayah dan berpotensi mempercepatkan penyebaran penyakit jika tidak dipantau dengan berkesan.
01:01Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO telah memperuntukkan sebanyak 70,000 dos vaksin R-Vevo bagi melindungi petugas kesihatan barisan
01:11hadapan.
01:11Ini juga bagi menyokong ujian klinikal terhadap virus Bundi Bokyo Ebola virus yang dikenalpasti sebagai punca utama penularan semasa.
01:20Bagaimanapun dijadik berkata beberapa cabaran utama masih menjejaskan usaha tindak balas termasuk masalah keselamatan, jaringan pengangkutan yang lemah
01:28serta kekurangan perhatian antarabangsa terhadap wabak berkenaan.
Comments

Recommended