00:00Seterusnya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan kemanusiaan di Gaza yang terus meruncing dengan orang awam termasuk
00:09kanak-kanak masih menjadi mangsa konflik.
00:11Menurut jurucakapnya, Saifan Dujarik, penduduk Palestine terus berdepan risiko keselamatan yang tinggi selain kekurangan keperluan asas untuk meneruskan kehidupan.
00:21Menurut beliau, mayat 50 mangsa termasuk 19 kanak-kanak yang terbunuh lebih 2 tahun lalu baru-baru ini berjaya dikeluarkan
00:28daripada runtuhan sebelum dikebumikan dalam beberapa hari kebelakangan ini.
00:33Katanya, usaha mempersihkan runtuhan dan mengeluarkan mayat masih berjalan tetapi berdepan pelbagai kekangan.
00:39Dujarik berkata akses ke pelbagai kawasan di Gaza juga terus menjadi cabaran kepada pasukan bantuan dan pemulihan.
00:45Dalam perkembangan berkaitan, PBB menganggarkan kira-kira 94% daripada 2.1 juta penduduk Gaza kini memerlukan tempat perlindungan serta
00:55bantuan keperluan isi rumah.
00:57Kebanyakan keluarga katanya masih tinggal di kemah sementara atau struktur perlindungan yang tidak sempurna.
01:03Keadaan itu dijangka menjadi lebih mencabar apabila musim sejuk dan musim hujan semakin hampir.
01:09Menurut PBB, kekurangan dana antarabangsa dan sekatan terhadap kemasukan bahan pembinaan serta bantuan kemanusiaan menjejaskan persediaan untuk menghadapi cuaca buruk.
01:18Dan selain itu, masalah timbunan sampah dan peringkatan populasi tikus turut menimbulkan risiko kesihatan awam yang serius kepada penduduk.
01:26PBB menyeru usaha kemanusiaan dipertingkatkan bagi memastikan penduduk Gaza menerima bantuan yang mencukupi serta perlindungan sewajarnya ketika krisis berterusan.
Comments