Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Pemandu lori Jabatan Imigresen yang terbabit dalam kemalangan maut mengorbankan tiga beranak di Jalan Sultan Ismail, di sini, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Khamis atas lima pertuduhan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, termasuk gagal mematuhi lampu isyarat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pemandu lori Jabatan Imigresen yang terlibat dalam kemalangan maut tiga beranak di Jalan Sultan Ismail Ibu Negara pada Rabu
00:07mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan di bawah Akta Pengangkutan Jalan termasuk gagal mematuhi lampu isyarat.
00:15Tertuduh Muhammad Akbar Zainul, 43 tahun, membuat pengakuan itu di Mahkamah Magistret Kuala Lumpur ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Magistret
00:24Alia Anwar.
00:28Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh di Ikat Jamin sebanyak RM60,000 bagi kelima-lima pertuduhan dan menetapkan 27 Oktober depan bagi
00:37sebutan semula kes.
00:39Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan, lesen memandu dan
00:47pasport tertuduh digantung sehingga kes selesai.
00:50Mengikut pertuduhan, Muhammad Akbar dituduh memandu sebuah lori jenis Isuzu Black Maria milik Jabatan Imigresen secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian
01:00dan satu pertuduhan melanggar lampu isyarat.
01:03Peguam Izzat Amir Saharudin memberitahu Mahkamah tertuduh berhikmat selama 11 tahun di Jabatan Imigresen dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
01:12Dalam proseding tersebut, mahkamah dimaklumkan tertuduh mempunyai seorang anak yang masih bersekolah selain menanggung ibunya yang sudah berusia dan uzur
01:21di Kedah.
01:22Media sebelum ini melaporkan tiga sekeluarga maut dilanggar lori milik Jabatan Imigresen yang terbabas dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan dan
01:31empat pejalan kaki
01:32di persimpangan lampu isyarat Maju Junction Jalan Sultan Ismail Ibu Kota pada awal pagi Rabu.
Comments

Recommended