Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia akan terus berpegang kepada Dasar Satu China yang diamalkan sejak era Tun Abdul Razak Hussein, sambil menekankan kepentingan penyelesaian secara aman dalam isu Taiwan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia akan terus berpegang kepada Dasar Satu Cina
00:06meskipun kenyataannya mengenai Taiwan sebelum ini menerima kritikan.
00:11Jelasnya Dasar Satu Cina telah menjadi pendirian rasmi Malaysia sejak era pentadbiran Perdana Menteri Kedua
00:16Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.
00:22Menurut beliau, Malaysia akan terus mempertahankan dasar tersebut
00:25sambil menyokong usaha mencari penyelesaian secara aman dalam sebarang pertikaian.
00:30One China Policy itu sejak Marlum Tun Abdul Razak
00:36jadi saya berpendapat dasar itu kekal dan kita amalkan
00:42dan tentunya kita cari jalan damai lah
00:47cuma boleh ditanya apakah kalau ada kemungkinan
00:50saya tentu, itu yang saya bagi contoh kalau di Malaysia sini
00:53Amerika sejak bergatus tahun tergasut, tergatusan tahun dulu
00:58bila ada American War Independence
01:00itu dia tak izinkan perpecahan mana-mana negara pun
01:05jadi oleh itu saya hanya ikut yang konsisten
01:08tentunya kita hormat pendirian negara Cina
01:13tapi jalur damai terbaik lah
01:16itu yang sekarang dilakukan.
01:18Mengulas kritikan terhadap kenyataannya dalam
01:21wawancara bersama Al-Jazeera, Anwar berkata
01:24beliau hanya mengambil pendirian yang konsisten
01:26berkaitan prinsip integriti wilayah sesebuah negara.
01:30Tapi apakah dasar Malaysia yang tiraf?
01:33Kita satu China itu bukan baru
01:37itu dipercaya oleh pertubuhan masa-masa bersatu
01:40sebab itu kalau tengok dalam negara
01:42China itu hanya satu, yang satu lagi itu
01:45dia letakkan entiti ke Taiwan begitu saja
01:49jadi tidak pengiktirafan, jadi bukan perkara baru
01:51cuma cara umpamanya ditekan oleh Al-Jazeera
01:55itu mungkin menimbulkan satu reaksi yang negatif
02:00Beliau berkata demikian kepada media
02:02selepas merasmikan TikTok Shop Summit Malaysia
02:052026 di Kuala Lumpur pada Khamis
02:08Sebelum ini dalam satu wawancara bersama Al-Jazeera
02:11Anwar menyatakan sokongannya terhadap dasar satu China
02:14serta hak China untuk menggunakan kekerasan
02:17bagi menyatukan semula negara itu
02:20sekaligus mencetuskan reaksi dan kritikan daripada Taiwan
Comments

Recommended