00:00Baik, sedikit laporan dunia hiburan. Penyanyi Aisyah Redno terbang ke Solo, Indonesia bagi mendalami latar budaya dan perwatakan Gusti Puteri
00:09dalam Puteri Gunung Ledang The Musical.
00:11Aisyah berkata kunjungan pada penghujung Jun itu memberinya peluang berguru dengan individu yang lebih arif mengenai seni, adat dan budaya
00:19Jawa.
00:22Latihan itu merangkumi gerak tari, cara berjalan, bernafas dan menghormati orang selain kehalusan setiap pergerakan seorang Puteri Jawa.
00:31Usaha itu juga mempunyai makna peribadi buat Aisyah kerana ibunya berasal dari Solo.
00:37Kami mengambil masa untuk beberapa hari, kami masing-masing cari availability untuk terbang ke sana, pergi ke tempat asal sebuah
00:44watak itu untuk membelajar dengan lebih mendalam lagi.
00:47Aisyah yang jurung kali terlibat dalam teater muzikal, turut menjalani latihan intensif selama tiga bulan, merangkumi lakonan, nyanyian dan tarian.
00:56Menurutnya, proses mendalami watak Gusti Puteri bukan sekadar persiapan untuk pementasan, sebaliknya menjadi ilmu dan pedoman yang boleh dibawa sepanjang
01:04perjalanannya sebagai anak seni.
01:06PGL The Musical akan dipentaskan di Jeffrey Chia Performing Arts Center, JPEG, dari 31 Oktober hingga 15 November ini.
Comments