Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Camilla berkata pengalaman melihat pesakit kanser bersama ahli keluarga di sisi ketika satu lawatan membuatkan beliau sedar kepentingan pusat sokongan seperti Maggie’s sebagai tempat untuk mereka bersandar.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pemaisuri Britain Camilla buat pertama kali mendedahkan betapa sukar untuk merahsiakan diagnosis kanser suaminya Raja Charles sebelum perkara itu diumumkan
00:09pada Februari 2024.
00:12Istana Buckingham pada Februari 2024 mengesahkan Raja Charles sedang menjalani rawatan bagi satu bentuk kanser yang tidak didedahkan.
00:21Camilla hampir mendedahkan keadaan Raja Charles ketika mengunjungi pusat sokongan kanser Maggie's di sebuah hospital sekitar London kira-kira seminggu
00:30sebelum pengumuman rasmi istana.
00:58Kami lah berkata demikian dalam satu video sempena ulang tahun ke-30 pusat sokongan kanser Maggie's di United Kingdom pada
01:10Rabu.
01:11Dalam video itu, Camilla turut berkongsi keadaan suaminya dan bagaimana Raja Charles memilih untuk terus bekerja sebagai cara menghadapi kanser.
01:25istana Buckingham sebelum ini memaklumkan Raja Charles masih menerima rawatan namun pada Desember lalu Baginda berkata diagnosis awal serta intervensi
01:34berkesan membolehkan perancangan rawatan dikurangkan.
Comments

Recommended