Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Pameran dan Persidangan Peranti Perubatan Antarabangsa (IMDEC) 2026 bukan sekadar pameran, tetapi platform untuk memperkukuh inovasi, pelaburan dan kerjasama dalam industri peranti perubatan.

Menurut Dr. Muralitharan Paramasua, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), IMDEC 2026 menjadi sebahagian daripada usaha jangka panjang untuk memperkukuh ekosistem teknologi perubatan negara dan meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat global.

Category

🗞
News
Transcript
00:08Terima kasih kerana bersama kami dalam niaga awal ini kita akan bercakap soal
00:12International Medical Device Exhibition dan Conference 2026 ataupun IMDEC 2026
00:18yang bakal menghempunkan pemerintah utama industri peranti berubatan dari dalam dan juga luar negara
00:23dan ini adalah untuk bincangkan masa depan teknologi kesihatan itu sendiri
00:27serta peluang pelaburan sektor medtech tapi saya tak akan mengulas lebih lanjut
00:31bersama dengan saya pada waktu ini adalah Ketua Ezekutif Pihak Berkuasa Peranti Perubatan
00:35atau Medical Device Authority MDA, Teknologis Dr. Murali Teren Paramaswa
00:41Selamat sejahtera, Dr.
00:43Ya, selamat sejahtera.
00:44Apa khabar?
00:44Apa khabar?
00:45Baik juga.
00:46Terima kasih, Dr. kerana sudi bersama dengan kami pada pagi ini.
00:50Mungkin kalau kita cakap soal IMDEC 2026, mungkin untuk pertama kali mereka yang mendengar tentang IMDEC ini
00:56apa sebenarnya yang doktor boleh kongsikan dan kenapa acara ini penting
01:00kepada Malaysia dan juga seluruh rakyatnya.
01:03Right.
01:04Okay.
01:04IMDEC ataupun International Medical Device Exhibition and Conference ini
01:07merupakan acara duit tahunan yang dianjurkan oleh pihak berkuasa peranti perubatan MDA.
01:13Acara ini lain daripada acara-acara yang selalunya dianjurkan oleh pihak swasta.
01:19Yang ini dianjurkan oleh kerajaan sendiri.
01:21Acara ini adalah penting untuk kita menggalakkan pengeluar tempatan
01:28ataupun mereka yang terlibat dalam industri peranti perubatan untuk mempamerkan peranti-peranti perubatan mereka
01:35buatan Malaysia maupun dia adalah satu himpunan pelabur-pelabur strategi dan juga kepada universiti,
01:43akademia untuk kita membincangkan dan juga untuk kita mempamerkan peranti perubatan yang berteknologi tinggi
01:50yang terdapat di luar di sana.
01:54Ia juga adalah cara penting kerana ia akan memberi peluang kepada pengeluar tempatan
02:01untuk berhubung kait dengan pengeluar-pengeluar daripada luar negara
02:04ataupun pelabur daripada luar negara dan juga dia akan membuka peluang kepada import dan ekspor
02:08peranti perubatan.
02:10Sebab itu kita menganjurkan aktiviti ini untuk membolehkan peranti-peranti perubatan
02:15buatan Malaysia boleh masuk ke dalam pasaran di luar negara
02:19bagi membolehkan ataupun meningkatkan darjat ataupun meningkatkan keupayaan tempatan kita.
02:26Ya, kita faham Malaysia juga sekarang ini mensasarkan untuk menjadi bukan sahaja negara yang membuat
02:32kita nak juga menjadi negara yang pengeluar untuk ekspor ke luar-luar negara.
02:36Jadi sekarang Malaysia ini memang merupakan antara pemain penting lah
02:39kalau kita cakap soal industri peranti perubatan secara khususnya.
02:42Jadi mungkin doktor boleh kongsikan sejauh mana kukuhnya industri ini pada waktu ini
02:45dan apa mungkin peluang ekonomi kepada negara kita, doktor?
02:49Ya, untuk peranti perubatan, kerajaan telah mengumumkan sektor peranti perubatan
02:54sebagai salah satu sektor utama di bawah Plan Industri, Plan National Industrial,
02:59New Industrial Master Plan, NIMP 2030.
03:03Di bawah NIMP 2030 ini memang telah menyatakan salah satu sektor utama untuk sumbangan ekonomi
03:10dan buat masa ini, sektor ini telah menyumbang lebih kurang dalam 20 bilion kepada ekonomi negara
03:18dan dari segi ekspor pula, kita ini adalah pengeluar, negara pengeluar ataupun negara ekspor utama di dalam dunia.
03:25Kita ekspor, nilai ekspor kita adalah lebih kurang dalam 40 bilion sehingga tahun lepas
03:33dan import kita adalah lebih kurang dalam 10 bilion.
03:36Jadi kita adalah negara pengekspor utama.
03:39Dan dalam kedudukan ranking dunia, kita berada dalam tangga kedudukan ke-12
03:44sebagai salah sebuah negara pengeluar utama peranti perubatan.
03:48Dalam pada itu, 45% daripada world demand for rubber gloves, medical rubber gloves ini,
03:55dia memang fulfilled by Malaysia.
03:58Kita yang fulfilled demand dan 80% daripada world demand for rubber based products,
04:05contohnya katerter dan sebagainya, difulfill oleh Malaysia.
04:09Jadi ini merupakan percapaian kita.
04:12Dan yang pentingnya industri ini, dia membuka peluang kepada pengeluar tempatan untuk hubungkai.
04:19Dan seperti mana yang tadi maklumkan, kita sekarang ini adalah lebih kurang
04:24kita adalah pengguna kepada peranti perubatan, consumer.
04:27Tapi kita nak beralih daripada pengguna nak menjadi innovator.
04:32Jadi itu adalah aim kita yang kita nak pergi kepada jadi innovator kepada medical devices di dalam dunia.
04:42Ini seiring matlamat Malaysia untuk jadik negara yang berteknologi tinggi, doktor kan?
04:46Dan ini selaras juga dengan tema IMDEC 2026 yang memberi penekanan kepada revolusi teknologi perubatan.
04:53Jadi mungkin apa antara bidang-bidang utama yang perlu kita beri perhatian dan juga fokus
04:58apabila sektor kesihatan sekarang makin dipacu oleh teknologi, doktor?
05:02Ya, sekarang ini Malaysia sedang menuju ke arah negara yang mengutamakan teknologi,
05:10terutamanya teknologi AI dan sebagainya.
05:12Jadi apa yang bidang keutamaan kita adalah berdasarkan kepada pemantauan dan juga berdasarkan kepada keperluan di dunia ini.
05:22Salah satunya adalah otopedik.
05:24Bidang otopedik merupakan satu bidang yang memang memberikan sumbangan yang besar kepada peranti perubatan di Malaysia.
05:32Selain daripada itu, elektromechanical products pun, surgical instruments, of course rubber-based products,
05:40contohnya macam catheter, contact lenses dan sebagainya itu semua itu memberikan satu image kepada Malaysia.
05:48Selain daripada itu, AI-based medical devices pun menjadi satu yang penting untuk Malaysia juga.
05:55Jadi sebab itu saya kata Malaysia sedang mengorak langkah untuk menjadi sebuah negara yang boleh menyumbang kepada AI-based medical
06:02devices yang berteknologi tinggi.
06:05Bukan sekadar kita mengguna, kita nak menghasilkan.
06:08Jadi kebanyakan kepakaran sedang kita berbincang dengan negara-negara luar untuk kita berusaha sama
06:17untuk mewujudkan peranti-peranti atau menghasilkan peranti perubatan yang berteknologi tinggi.
06:22Jadi bidang-bidang ini, contohnya macam IVD. IVD pun merupakan satu bidang utama bagi negara.
06:28Kita mempunyai manufacturer kita sendiri. Pengilang sendiri yang menghasilkan contohnya test kits.
06:33COVID test kits, HIV test kits, dengue test kits, semua itu dihasilkan di Malaysia.
06:38Jadi ini merupakan bidang-bidang utama yang kita sedang mengorak langkah untuk kita menjadi pengeluar utama dalam dunia.
06:46Malaysia juga sedang menuju ke arah penuaan. Maksudnya menjadi warga tua.
06:53Ya, negara tua.
06:53Negara tua.
06:54Jadi, this kind of medical devices ini sangat penting bagi kita untuk dihasilkan di Malaysia
07:02bagi mengurangkan kos kita import kemudian hari.
07:05Dan menarik semua segala aspirasi ini dapat kita lihat ataupun diterjemahkan dalam satu pameran IMDAC 2016 ini.
07:11Jadi, doktor kalau boleh kongsikan selain pameran ini, apa yang boleh kita expect ataupun jangkakan oleh mungkin pelabur dan juga
07:18pemain industri daripada satu platform ini?
07:21Ya. Sepertimana yang kita anjurkan pada 2024, kita telah berjaya membawa lebih kurang RM550 juta pelaburan untuk Malaysia melalui pameran
07:32IMDAC 2024.
07:33Lebih kurang 10,000 orang telah hadir dan telah membuka peluang kepada robotik dan sebagainya.
07:40Jadi, pada tahun 2026 pun kita menjangkakan ia akan berulang semula.
07:45Kita menjangkakan lebih kurang 10,000 pengunjung akan menghadiri pameran ini.
07:49Dan lebih kurang dalam 136 pameran ada bersama dengan kita.
07:54Daripada negara-negara China, Japan, India, Korea, Hungary, even US, Switzerland, semua berada dengan kita.
08:03Jadi, kita menjadi satu alternatif kepada International Exhibition for Medical Devices.
08:08Seperti mana yang kita tahu Arab Health. Arab Health merupakan satu yang perpameran yang utama di dunia.
08:14Tapi sekarang ini memandangkan geopolitikal isu dan sebagainya, Malaysia menjadi satu alternatif kepada pengunjung-pengunjung ini.
08:22Jadi, kita membuka peluang yang itu. Kita mencari peluang itu.
08:26Dan selain daripada itu, kita juga menghimpunkan pakar-pakar antarabangsa.
08:29Lebih kurang 40 pakar akan berada dengan kita untuk kita membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan topik utama peranti perubatan.
08:38Contohnya, AI dan sebagainya. Kita boleh dengar sendiri daripada pakar-pakar ini.
08:44Selain daripada itu juga, kita juga bekerjasama dengan universiti-universiti untuk menghasilkan ciptaan-ciptaan baru, inovasi.
08:50Jadi, kita telah mewujudkan beberapa program. Kita panggil side events.
08:55Contohnya, macam ICBEL, International Conference on Biomedical Engineers.
08:59Yang itu, kita akan adakan semasa IMDEC juga.
09:03Lepas itu, kita ada Malaysia Pharma and America Device Show.
09:06Dan kita ada Medic 26, contohnya.
09:09Lepas itu, kita ada InnoMed.
09:11InnoMed ini adalah satu event di mana kita akan, student-student daripada universiti akan berpikirkan mengenai inovasi mereka.
09:20Jadi, ada pelabur, dia suka, dia boleh melabur dan sebagainya.
09:24Ini semua akan berlaku di dalam IMDEC 2026, di mana kita ingin meningkatkan image Malaysia sebagai bukan sahaja dalam bidang
09:35regulatory antarabangsa.
09:37Kita ini nak kata elite, the elite one.
09:41Yes, memang kita. Tapi dari segi pameran pun, kita boleh menghasilkan perkara-perkara ini.
09:46Jadi, saya jangkakan IMDEC 2026 ini, dia akan memenuhi aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara pengeluar utama peranti perubatan dalam
09:56sektor ataupun dalam rantau ASEAN ini.
09:58Dan juga akan memainkan peranan yang penting dalam ekosistem peranti perubatan.
10:04Itulah menariknya Malaysia dalam pada ketidaktentuan geopolitik yang berlaku di sana.
10:07Kita memanfaatkan ruang ini untuk menjalankan platform seperti IMDEC 2026 untuk angkat lagi teknologi peranti perubatan dan sebagainya.
10:15Dan ini bukan sahaja menghimpunkan orang-orang penting dalam teknologi ini.
10:19Tapi penting juga kalau doktor nak kongsikan sedikit harapan lah daripada menerusi IMDEC ini 2026.
10:25Dan juga sedikit mungkin mesej juga yang doktor nak cuba sampaikan kepada penonton. Silakan.
10:30Ya. Saya memang meminta semua pengunjung-pengunjung sila menghadiri aktiviti ini, aktiviti IMDEC ini yang akan berlangsung pada 26 hingga
10:4128 Ogos 2026 di KSCC, Kuala Lumpur Converture Center.
10:46Yang mana perasmian akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia dan acara penutupnya akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri
10:56Malaysia.
10:57Dan kita ada bukan sahaja pemain industri tetapi kita boleh dengar daripada pembuat dasar juga.
11:07Seperti kita akan ada tetamu kehormat kita yang berhormat-hormat Ketua Menteri Pulau Pinang akan datang dan menceritakan bagaimana Penang
11:16ataupun Pulau Pinang menjadi hub bagi pengeluar, bagi peranti perubatan.
11:19Selain daripada itu, kita juga ada Menteri Ekonomi. Yang berhormat Menteri Ekonomi pun akan datang akan berkongsi bagaimana Malaysia menjadi
11:27sektor utama ataupun negara utama dalam pengeluaran peranti perubatan ini.
11:32Jadi banyak lagi perkara-perkara yang akan kita bincangkan. Jadi saya memohon semua pelabur-pelabur dan juga students dan juga
11:42pengamal-pengamal perubatan termasuk syarikat-syarikat utama semua turut hadir.
11:48Sebab Malaysia ini merupakan hub utama bagi peranti perubatan di mana kita memiliki 30 puah multinasional berada di Malaysia.
11:57Tidak berada di mana-mana negara tapi kita memiliki 30 lebih multinationals yang berada di Malaysia dan kita ada pengeluar
12:05lebih kurang 605 pengeluar peranti perubatan yang telah didaftarkan, dileserkan di bawah MDA.
12:11Jadi itu merupakan satu pencapaian yang utama. Jadi saya menyeru semua yang terlibat dalam industri ini datang dan buat kunjungan.
12:20Dan juga mendengar semua ucapan-ucapan ataupun keynote addresses yang akan disampaikan oleh tetamu-tetamu kita dan carikan inspirasi.
12:30Jadi buatkan IMDAC ini satu inspirasi kepada anda untuk menceburi dalam bidang peranti perubatan untuk menaikkan image dan juga untuk
12:38menaikkan ekonomi negara melalui sektor peranti perubatan.
12:41Jadi jelas bahawa IMDAC 2026 bukan sekadar pameran tapi satu platform strategik yang mampu untuk memacu inovasi pelaburan dan juga
12:49pertumbuhan industri peranti perubatan negara.
12:52Jadi terima kasih di ucapkan kepada ketua eksekutif pihak berkuasa peranti perubatan atau Medical Device Authority MDA, teknologis Dr. Murali
12:59Teren Paramasuwa atas perkongsian yang diberikan itu tadi.
13:02Dan saya ucapkan all the best lah untuk pameran sepanjang pameran ini dan semoga semuanya berjalan dengan lancar.
13:09Dan saya kira itu saja yang saya dapat kongsikan pada waktu ini.
13:11Kita boleh lihat kembali semua perkongsian ataupun rakaman ini dalam semua platform digital AstroWani dan juga AstroWani.com.
13:18Terima kasih doktor.
13:19Terima kasih.
13:22Terima kasih.
Comments

Recommended