00:00Dua lagi juruterbang Air India gagal saringan awal ujian dadah wajib yang dijalankan oleh syarikat penerbangan itu.
00:08Kedua-dua mereka kini dilaporkan digantung tugas hingga keputusan ujian pengesahan diperoleh.
00:16Menurut laporan media tempatan, ujian lanjut kini dijalankan bagi sahkan sama ada keputusan itu berpunca daripada pengambilan bahan psikoaktif atau
00:26ubat-ubatan tertentu.
00:27Setakat ini, kira-kira 400 juruterbang Air India telah menjalani saringan wajib.
00:33Langkah itu diperkenalkan susulan insiden gelora di udara atau turbulence membabitkan penerbangan Air India dari Phuket ke New Delhi pada
00:414 Ogos lalu.
00:43Pesawat itu kehilangan ketinggian kira-kira 300 kaki dan mengakibatkan 24 individu cedera.
00:49Susulan kejadian juruterbang utama penerbangan itu diarah menjalani ujian dadah
00:54dengan dua saringan air kencing yang dijalankan selepas pesawat mendarat mengesan ganja dalam tubuhnya.
Comments