Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Gerber pernah berkongsi secara terbuka mengenai cabaran kesihatan mental yang dihadapinya serta penyalahgunaan dadah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presley Gerber, anak kepada peragawati ternama Cindy Crawford, meninggal dunia pada usia 27 tahun.
00:06Gerber yang juga merupakan seorang peragawan, meninggal dunia di sebuah pusat pemulihan pada ahad, bagaimanapun punca kematiannya tidak dinyatakan.
00:16Ellie Jenkins, wakil kepada Crawford dan suaminya Rondae Gerber, memaklumkan keluarga berkenaan memohon agar privasi mereka dihormati sepanjang tempoh yang
00:27amat sukar itu.
00:28Gerber mengikuti jejak ibu dan adik perempuannya kaya dalam bidang peragaan.
00:33Dia membuat penampilan sulung di pentas peragaan untuk jenama Italy Moschino ketika baru berusia 16 tahun.
00:41Dia kemudiannya menjadi pilihan pelbagai jenama terkenal, termasuk Burberry, Dolce & Gabbana dan Bottega Veneta.
00:49Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Gerber pernah berkongsi secara terbuka mengenai cabaran kesihatan mental yang dihadapinya.
00:58serta penyalahgunaan dadah.
01:00Dalam wawancara dengan majalah People, Gerber menyifatkan hubungan dengan keluarganya sebagai sangat rapat
01:06dan sering melancong bersama sekaligus membuatkannya kurang rasa sunyi.
01:13Semoga berkongsi secara terbuka.
01:13Terima kasih.
01:13Terima kasih.
01:13Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended