00:00Pertumbuhan output industri dan jualan runcit China mengecil pada Julai sekaligus memperlihatkan tekanan berterusan yang dihadapi ekonomi kedua terbesar dunia.
00:10Ia susulan permintaan domestik yang lemah, keadaan cuaca tidak menentu serta pengurangan impak dasar ransangan ekonomi.
00:19Output industri meningkat 4.5% pada Julai berbanding 5.3% pada bulan sebelumnya.
00:27Ini berbanding angka 4.8% yang diunjur oleh 26 orang penganalisis dalam satu tinjauan Reuters sebelum ini.
00:35Pengeluaran kilang terjejas oleh cuaca tidak menentu bulan lalu yang menyaksikan tiga taufan memaksa jutaan penduduk dipindahkan dari hak pembuatan
00:44di timur dan selatan negara itu.
00:47Manakala jualan runcit meningkat 0.6% pada Julai berbanding 1% pada Jun serta 1.5% yang diunjurkan
00:55sebelum ini.
00:56Prestasi lemah itu menyusuli pertumbuhan ekonomi yang menurun ke paras terendah dalam tempoh 3.5 tahun menikat kebimbangan bahawa ekonomi
01:05gergasi itu sukar mengekalkan momentum pertumbuhan memasuki separuh kedua tahun ini.
01:10Indikator ekonomi yang diterbitkan setakat ini membayangkan permulaan yang perlahan bagi suku ketiga dengan indeks pembelian pengurus mengecil manakala import
01:19dan ekspor melembab berbanding Jun.
01:22Walaubagaimanapun angka ekspor yang kukuh disokong oleh pembangunan infrastruktur AI terus menjadi penyokong utama sektor pembuatan negara itu.
01:30China juga melaporkan lebihan dagangan sebanyak $100 bilion bulan lalu disebalik perancangan oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah untuk mengecilkan
01:39defisit perdagangan dengan negara itu.
01:42Kerajaan China pimpinan Xi Jinping sebelum ini mengulangi komitmen untuk meningkatkan perbelanjaan fiskal dan memperkenalkan dasar-dasar rangsangan baharu.
01:51Walaubagaimanapun tiada sebarang petanda pentadbiran negara itu mengumumkan sebarang langkah rangsangan berskala besar setakat ini.
Comments