00:00Parti Keadilan Rakyat PKR tidak akan mampu menjadi sebuah organisasi yang kuat sekiranya masih wujud budaya parti dalam parti atau
00:09dua nahoda mengembudi satu kapal.
00:12Timbalan Presidennya Nurul Izzah Anwar menegaskan perjuangan PKR perlu dibebaskan daripada sebarang pengaruh kuasa termasuk jika ada tangan gaib yang
00:21cuba mengawal parti dari belakang tabir.
00:23Saya berdiri di atas pentas wanita dan AMK bukan mewakili fraksi.
00:31Saya jalankan amanah saya selaku outgoing timbalan Presiden yang mahukan masa depan keadilan yang kalis fraksi.
00:41Kita ini tak mampu kuat sebagai sebuah organisasi kalau wujudnya parti dalam parti sedara sedari dua nahoda mengemudi satu kapal
00:54ataupun adanya tangan gaib struktur kuasa tersembunyi di sebalik kuasa yang zahir.
01:02Kita juga tak mampu kuat sebagai sebuah organisasi selagi tenaga kita dihabiskan dalam pertelingkahan dalaman.
01:12Setiap jam yang kita gunakan untuk berlawan, bertelagah sesama sendiri adalah jam yang tidak kita gunakan untuk memenangi hati rakyat.
01:23Beliau berucap merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan AMK di pusat dagangan antarabangsa Melaka MITCI Keroh pada Jumaat.
01:34Sehubungan itu, Nurul Izzah menyeru seluruh saf kepimpinan dan anggota sayap wanita serta AMK untuk menyemarakkan penyatuan demi mempertahan nilai
01:44keadilan sebelum ia dapat ditawarkan kepada rakyat.
Comments